Baju yang dipakai oleh Faralyna Idris ini juga adalah rekaan dari Wan Huzairil yang menjadi pereka untuk baju seksi lagi kontroversi yang dipakai oleh Miera Liyana semalam.
Yang peliknya, baju ini nampak lebih sopan, lebih cantik dan lebih klasik bertepatan dengan tema Anugerah Bintang Popular kali ini iaitu Klasik Moden. Kepada yang tak kenal, Faralyna merupakan salah seorang pelakon 6 Progresif di TV9 dan terbaru beliau tampil dalam cinta tiga segi drama Asmara 2 bersama Faezah Ilai dan Shahz Jaszle.
Menurut, Faralyna, dia selesa dengan pakaian rekaan Wan Huzairil ini.