Budiey kira, event Green Cheongsam Showcase di The Weld pada hari Selasa lepas adalah event julung kalinya menampilkan semua selebriti dengan berpakaian Cheongsam berwarna hijau. Rasanya tak pernah lagi orang buat event macam ni, dahlah semua pakai Cheongsam, fabrik yang digunakan dalam warna hijau.
Lebih kurang 30 orang selebriti yang terlibat semasa Media Launch dengan sokongan pereka fesyen terkemuka negara. Selain menggayakan cheongsam mereka juga memperagakan barangan kemas dari Mandalay dan Rafflesia. Mutiara dan batu jade memang sinonim dengan pemakaian cheongsam.
Antara selebriti yang menarik perhatian ialah Farahdhiya yang memperagakan cheongsam rekaan Ariff Shukor. Simple, nice dan tak berserabut. Konsepnya senang, less is more, kan?