Penyampai radio dan pengacara popular, Fara Fauzana bertugas sebagai hos majlis rumah terbuka SimplySiti pada petang tadi. Berpasangan bersama rakan sekontinya, Kieran. Majlis yang diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang berjalan dengan lancar dan ternyata hos berjaya mengawal keadaan di mana 100 orang peminat berpusu-pusu untuk bergambar dengan Dato’ Siti Nurhaliza ketika satu sesi bergambar beramai-ramai.
Cakap pasal Fafau ni, Budiey nak kasi tau yang radio Hot FM di mana tempat Fafau bersiaran mengekalkan kedudukan sebagai pilihan nombor satu negara bagi demografik 35 tahun ke bawah.
Kategori itu mencatatkan jumlah gabungan PMEB serta pelajar yang tertinggi serta golongan berpendapatan seisi rumah RM5000 ke atas. Hot FM AM Krew (6pagi -10pagi), Hot FM Jam (4petang – 8malam) and Hot FM Zon (8malam – 12.00 malam) terus menarik generasi Y di mana kesemua segmen tersebut yang terletak di waktu perdana tetap menjadi pilihan utama mereka. Secara geografi, Hot FM mendominasi pasaran urban berbanding pesaing terdekat mereka. – * Sumber : Kajiselidik Nielsen Radio Audience Measurement, Wave 2,2010
Tahniah untuk Fafau dan Hot FM