Pada 21 Disember tahun lepas, Budiey dengan bantuan krew Melodi, Azmi Arjuna dan Syazwani, dapat memboloskan diri untuk mengambil gambar dua orang pengacara Melodi, Fara Fauzana dan Wahid Senario. Terima kasih Azmi dan Syaz… dengar cerita Syaz dah tak jadi krew Melodi sebab dah tamat kontrak ek… tak dapat la jumpa lagi lepas ni…
Filem Sifu dan Tongga terbitan Primeworks aka Grand Brilliance turut dipromosikan… dan Budiey akan menghadiri pra tonton filem lakonan yang menggandingkan pelawak freshie dan pelawak senior, Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek ini pada 14 Januari ini.
Cuaca panas terik tidak menghalang pengunjung Jomheboh untuk mengerumuni sangkar Melodi. Ketika siaran langsung Melodi, kelihatan Fara Fauzana dan Wahid begitu cool dan ramah melayan peminat walaupun baju mereka lencun dengan peluh.