Ye, Budiey sudah pun kembali ke Kuala Lumpur semalam. Memijakkan kaki di kota ini dalam jam 6 petang dan terus berehat setelah terbang selama 1 jam di awan biru dari Kelantan ke Sepang.
Seronok betul beraya di Kelantan. Tahun ini lebih meriah dari tahun yang sudah. Alhamdulilah, segalanya dari kehendak Yang Maha Esa. Syukur! Budiey sangat happy bersama famili, sahabat dan juga sanak saudara yang sentiasa memberi sokongan. Tidak lupa ramai dari pembaca dan selebriti tidak lupa untuk menitipkan salam lebaran buat Budiey melalui sistem pesanan ringkas. Terima kasih banyak.
Budiey sempat berjalan-jalan di pekan Bachok. Perkataan ‘pekan’ lebih sesuai untuk Bachok sebab tidak banyak perubahan yang dapat Budiey lihat. Kurang maju berbanding dengan bandar yang lain. Tidak tahu mengapa, mungkin Bachok berdekatan dengan pantai dan tidak cukup tanah untuk dibangunkan.
Tapi di Kelantan, semua model iklan modelnya perlu bertudung… termasuklah Fara Fauzana yang menjadi model iklan Nescafe. Budiey ada ambil gambar ni semasa shopping di pekan Bachok.
Camna? Comel tak Fara bertudung? Kiutkan?