Alahai, santainya fesyen Engku Emran ni. Sekadar kelihatan sempoi dengan T-Shirt Motley Crue dan seluar panjang ala askar, Engku Emran tampak teruja mahu bersantai di APM 2008. Ye lah, ramai yang tak mahu bergaya sebab APM tidak punya konsep dan tema untuk etika pemakaian. Pakai singlet pun boleh? Lagi pun, APM 2008 bertukar menjadi konsert lepas geram?
Erra Fazira nampak lebih funky dengan fesyen baju hitam dan seluar belang-belang dipadankan dengan kasut but tinggi paras bawah lutut. Pinggang ramping Erra dililit dengan tali pinggang yang bercorak etnik menyerlahkan hip dan chic Erra Fazira dengan konsep ala penari kraton ala Javanese?
Kalau pasal konsep Javanese dan etnik urban cam ni… siapa lagi yang lebih pakar kat Malaysia ni, kalau bukan Jovian Mandagie!
Apa komen anda pula?