Jadual yang sibuk dan padat semalam membuatkan Budiey tak sempat nak update beberapa berita semalam. Paginya dari Mega Bazaar di MAEPS Serdang ke Baby Shower di rumah Awal & Scha sekarang tengah bersiap-siap untuk ke Majlis Pertunangan Pelakon Erin Malek pulak. Duniaku sangat crazeh! I miss my sofa & HBO.
Selepas menghadiri Baby Shower Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Budiey bergegas pula pecut ke Majlis Pertunangan pelakon Erin Malek di rumah ibunya, Harryazah Hassan yang terletak di Duta Suria Residency, Ampang. Majlis dihadiri oleh 150 orang itu terdiri daripada keluarga dua belah pihak, kenalan rapat Erin Malek & Farriz Fauzy serta teman media. Budiey nak ucapkan tahniah di sini buat Erin Malek sebab akhirnya telah menjadi tunang kepada Farriz Fauzy. Korang memang sesuai dan sepadan.
Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Arina Binti Abdul Malek bertunang di usia 20 tahun, manakala kekasihnya pula Mohamed Farriz Bin Mohamed Fauzy sudah mencecah 30 tahun. Walaupun ada beza dan jarak umur yang agak jauh dan perkenalan yang sangat singkat sikit pun tak menghalang mereka untuk mengikat tali pertunangan disebabkan mereka cukup serasi. Malah, umur Farriz yang lebih matang membuatkan Erin lebih tertarik dengan sikap dan karakter Farriz Fauzy yang sangat penyayang, matang dan sangat pandai menjaga hati.
Budiey pun tertanya-tanya juga macamana diorang ni boleh kenal ya? Menurut Erin, mereka berkenalan melalui rakan-rakannya pada awal tahun 2014. Kemudian hubungan mereka rapat di media sosial Instagram dan telah beberapa kali berjumpa sebelum serius menjalinkan hubungan bersama.
Menurut Erin, beliau sangat bersyukur diketemukan dengan Farriz Fauzy kerana dia seorang pembimbing dan sahabat serta kekasih yang cukup baik. Dari segi persediaan pula, sejurus selepas pengambaran bersama Fair & Lovely sebagai pengacara bagi program Impian Suria, Erin Malek terus sibuk membuat persiapan pertunangannya. Malah beberapa hari selepas hari pertunangannya ini, heroin Awak Nak Kahwin Dengan Saya terbitan MIG akan terus ke lokasi untuk pengambaran seterusnya bagi slot Akasia.
Majlis pertunangan yang cukup meriah dan berseri-seri ini juga dibantu oleh keluarga terdekat dan teman rapat. Acara yang berlangsung dengan acara menyarung cincin oleh ibu Farriz, Wan Nor Azmah, 5 dulang (tepak sirih & cincin, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek dihantar oleh pihak Farriz berbalas 7 hantaran iaitu tepak sirih, cincin, sepasanga kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.
Erin Malek dan tunangnya nampak begitu berseri-seri dan cantik sekali mengenakan baju rekaan dari Azura Couture. Begitu juga dengan pelamin yang berkonsepkan Fairy Blossom turut mendapat mendapat sentuhan daripada Azura Couture. Manakala solekan minimalis dan natural pula mendapat sentuhan daripada Syedewa. Mazazitiv turut memberi kerjasama sebagai fotografi dan videografi.