Pada 14 Disember lalu, dalam kesibukan mencari penaja untuk Party Ulangtahun Budiey.com, Budiey sempat menghadiri Sidang Media Konsert Awie dan Ella di Istana Budaya.
VIDEO:
Sekitar Sidang Media Konsert Awie & Ella Part 1
Sekitar Sidang Media Konsert Awie & Ella Part 2
Pastinya ini satu gembira buat peminat Awie dan Ella di mana Raja dan Ratu Rock Malaysia bakal mengegarkan IB selama empat hari bermula pada 12 Januari 2012. Ini menjadikan sebanyak enam siri persembahan akan dibuat.
Memetik dari Mstar Online, Ella menyatakan rasa excited apabila dapat berganding dengan vokalis kumpulan Wings, Awie dalam sebuah konsert pada Januari depan. Ella berkata, walaupun telah lama mengenali Awie dan pernah membuat persembahan bersama, Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Malaysia itu adalah konsert pertama yang menggandingkan mereka berdua.
“Ella tidak berfikir panjang ketika menerima tawaran untuk menjayakan konsert ini bersama-sama Awie kerana ia adalah peluang besar untuk berganding dengannya dalam sebuah konsert yang sama,” katanya ketika ditemui sidang media konsert berkenaan di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Ella berkata, dia masih berbincang dengan pengarah muzik konsert itu, Edrie Hashim mengenai pemilihan lagu untuk dipersembahkan kerana terlalu banyak lagu yang diminati oleh peminat.
Ujarnya, dia perlu berhati-hati dalam memilih lagu yang akan dibawa kerana tidak mahu peminat berasa terkilan jika tidak menyanyikan lagu yang disukai mereka.
“Ella ada lagu yang diminati dan peminat ada lagu yang mereka inginkan. Jadi ia sedikit sukar,” ujarnya.
Pun begitu, Ella berkata dia tidak akan melepaskan peluang untuk berduet dengan Awie menerusi lagu Baldu Biru yang sebelum ini tidak pernah dinyanyikan secara langsung di hadapan peminat.
“Selain Baldu Biru, Awie dan Ella akan menyanyikan beberapa lagu duet yang dipilih daripada koleksi lagu-lagu kami sendiri,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hans berkata, pemilihan Awie dan Ella adalah berdasarkan kekuatan mereka yang memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia dan masih digemari oleh peminat.
Hans berkata, Edrie Hashim akan mengetuai persembahan pada malam itu di samping Ujang Exists (drum), Ujang (gitar), Fly (bass), Amir Feerza (percussion), Kudin dan Jason Voo (keyboard).
“Semua pemuzik adalah yang terbaik dalam alatan masing-masing untuk persembahan itu nanti dan sudah pasti ia tidak akan mengecewakan,” ujarnya.
Tiket untuk Konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Rock Malaysia telah pun mula dijual pada 14 Disember dengan harga dari RM40 hingga RM450 dan tempahan tiket boleh dibuat melalui www.TICKET2U.BIZ atau boleh menghubungi 03-4147 8600.