Pada 24 September lalu, Budiey telah menghadiri satu acara santai kasual di mana sepasang busana gaun rekaan pereka fesyen terkenal Alia Bastamam bertatahkan mutiara dari Rafflesia berharga RM1.1juta telah dipersembahkan buat pertama kalinya secara eksklusif kepada media. Acara berlangsung di Rafflesia The Pearl Centre, Hotel Park Royal, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh duta Rusia, Lyudmila G. Vorobyeva. Busana ini akan digayakan oleh pemenang ratu cantik Miss Universe Malaysia 2013 iaitu Carey Ng di acara terbesar, Miss Universe Pageant di Moscow, Rusia. Di majlis ini Budiey sempat bertemu dengan model dan pengacara terkenal, Elaine Daly yang hadir sebagai mentor kepada Carey Ng.
Syabas Budiey ucapkan buat model, pelakon dan pengacara Elaine Daly sebab dilantik menjadi National Director atau mentor serta penasihat Miss Universe Malaysia 2014. Khabarnya perlantikan anchor program Bella ini dilakukan berdasarkan kepada pengalaman serta pencapaiannya sebagai Miss Malaysia World 1999 dan Miss Malaysia Universe 2003. Tahniah Elaine!
Peranan baru yang dipegangnya itu Elaine Daly agak besar juga sebab Elaine kini sedang giat melatih wakil Malaysia, Miss juga bakal memperkenalkan pencarian The Next Miss Malaysia Universe Malaysia 2014.
Elaine Daly bakal menemani Carey Ng ke Moscow pada bulan November ini dan beliau juga akan memastikan Carey Ng menyerlah dan berjaya. Budiey kira dengan adanya Elaine sebagai penasihat menjadikan acara ratu cantik ini lebih hip, urban, relevan dan real. Good luck Elaine.