DIOR di 6th ASIA MODEL FESTIVAL AWARDS 2011 (AMFA), SEOUL, KOREA.
Asia model festival awards merupakan agenda tahunan di Korea.
Model dari 13 negara akan bersama turun padang dan meraih pelbagai anugerah, bukan sahaja Top Model Awards untuk setiap negara, tetapi juga Asia Star Award bagi pelakon, celebrity & penyanyi yang masyhur di ASIA. Pada 21 Januari 2011, JW Marriot di Gangnam ,Seoul menjadi tempat berlakunya acara gilang –gemiang ini.
Dior telah dijemput oleh Korean Model Association untuk hadir & memeriahkan suasana. Jemputan khas ini adalah sebagai penghargaan untuk Dior kerana telah mengembangkan budaya Korea di kalangan remaja & veteran di Malaysia.
Seawal tahun 2010,Dior telah menghasilakn single berjudul ‘Pergi! 떠나다!(Ttonada)’, duet bersama Seung J. Dimana, lagu ini sangat bertepatan dengan Hallyu Wave (Gelombang Korea Idol) & Dior mengetegahkan bakat yang juga baru bagi beliau iaitu Rap dalam bahasa Korea di dalam lagu ini. Dior juga banyak membuat persembahan Dinner & tertutup untuk Korea Association & Korea Tourism di Malaysia dengan menyanyikan lagu-lagu Trot (evergreen)& semasa.
Pada tahun 2011 pula, Dior akan mengetengahkan Mini Album beliau berjudul Baby,I Need You yang akan memuatkan 3 bahasa hanya untuk lagu ini sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Korea & Bahasa Mandarin yang akan bertemu peminatnya di seluruh Malaysia, Brunei & Singapura tidak Lama Lagi.
Oleh kerana usaha beliau yang gigih mengetengahkan budaya Korea di Malaysia, Dior dijemput khas untuk diperkenalkan dengan Korea Entertainment’s important ,bagi mencari lebih peluang untuk beliau mengetengahkan diri di kalangan masyarakat Korea.
Rasa teruja juga apabila bersemuka dengan penyanyi-penyanyi ternama Korea iaitu SHINee, Son Dam Bi, Wheesung, Girls Generation, Secret, Touch, Vanilla Lucy & City Lady.Sebagai mana kita lihat di kaca television, persembahan mereka memang memukau.
Selain dari Dior, Kelly Jagan & Wilson Tan dipilih khas bagi menerima anugerah Model Star Award di atas pencapaian mereka di dalam bidang Modelling di Malaysia.
Amber Chia juga tidak ketinggalan bagi mmenandatangani MOU antara agensi beliau dan Korean Model Association.
Jika berada di negara luar, semestinya kita tidak akan melepaskan peluang untuk bersiar-siar. Oleh kerana Jadual yang agak padat dalam 3 hari di sana,Dior hanya berkesempatan untuk membeli-belah di Dongdaemun (pasaraya 4 bangunan yang hanya menjual baju-baju & aksesori), berkaraoke (Norebang) di kawasan sekitar & menjamah makanan disana.
Bercakap pasal Shopping, mungkin agak mahal juga bagi kita kerana currency Korea adalah 3 kali ganda duit Malaysia. Jika McDonald berharga KW9,000, bermakna kita akan membelanjakan RM27 untuk satu hidangan. Makanan Halal memang agak susah untuk dicari, tetapi di Korea, banyak hidangan mereka terdiri dari sayur-sayuran & makanan laut juga. Jadi, tidak mempunyai masalah besar untuk mengisi perut di sana.
Dior dan Wilson di Inchon Airport, Korea
Dior & penyanyi kumpulan Vanilla Lucy
Dior & Penyanyi Kumpulan City Lady
Dior & penyanyi kumpulan TOUCH
Kontijen Malaysia & Korean Model Association
Rakan dari Thailand,Dior & Wilson Tan
Ananda Mathew Everingham (Pelakon opular Thailand) & Dior
Khemupsorn Cherry Sirisukha (Thailand Popular Actress) & Dior
Dior bersama pelakon popuar korea, Joo Sang Wook & Song Chang Eui
Kontijen Singapura, Malaysia & Hongkong