Semasa Parti Nona 2010 yang lalu, Budiey sempat bertemu dan mengambil gambar pelakon filem Susuk, Diana Rafar. Hadir bersama suaminya, pelakon drama Cinta Balqis, Zamarul Hisyam.
Selepas membintangi drama Nenek Kebaya yang bersiaran di TV3 dalam slot Lagenda, Diana Rafar sekarang ini berehat seketika. Walaupun berehat, Diana masih lagi menguruskan spa miliknya.
Ramai yang kata, Diana memilih tawaran. Sebelum ini, Diana pernah tolak 8 tawaran. Diana bukan nak berhenti berlakon tapi nak fokus dengan perniagaan spanya.
Budiey masih ingat lagi, lakonan Diana dalam Nenek Kebayan sangat berani kerana berkemban. Terus terang, Diana cakap dia tak selesa dengan watak seksi dan berkemban. Kalau boleh, dalam filem Susuk dulu pun, Diana tak nak berkemban.
Tapi nak buat macamana, dah kerja seorang pelakon. Kena jugak buat seperti mana yang diarahkan.
Semoga 2010, karier seni Diana Rafar akan terus gemilang.