in

Gambar Diana Danielle di Sidang Media Ulangtahun MODA

Gambar Diana Danielle di Sidang Media Ulangtahun MODA

Warna merah jambu atau pink nampak begitu cocok dengan Diana Danielle. Selain simbolik untuk salah satu produk syampoo dari Sunsilk, memang warna ini memberikan keayuan dan feminine kepada penampilan pelakon popular ini.

Sidang media diadakan di Skyview 7, Tingkat 29, Hotel The Garden, Mid Valley City pada jam 2.30 petang 13 Mei yang lalu.

Menurut Diana Daniele, dia baru sahaja habis kursus lakonan di Akademi Filem di New York, 6 Mei lalu. Walaupun belajar dalam masa yang singkat di sana, namun pengalaman berguru di akademi itu bersama mereka yang pakar dan sering bekerjasama dengan pelakon popular Hollywood disifatkan saat yang sangat bermakna.

Terbaru, Diana mahu menerbitkan single pertama berjudul Tak Pernah Ada di bawah satu syarikat rakaman yang benar-benar komited dan ia akhirnya tercapai dengan kesudian Sony Music. Single ini akan mula diedarkan di stesen radio hujung bulan ini.

Lagu yang berentak akustik rock ini berkisar mengenai cinta yang tidak pernah ada. Lagu ini ditulis bukan berkisar pada saya sebaliknya berdasarkan pengalaman seorang rakan.

Mengenai kenyataannya di laman sosial, Twiter miliknya awal bulan lalu bahawa dia kembali berhubung bersama kekasih hatinya, Farid Kamil, Diana enggan mengulas lanjut. Walaupun tersenyum dengan kenyataan itu, sekali lagi dia menolak untuk memberi kenyataan memadam status berkenaan.

Mengenai kesan penyakit yang dialami pula, Diana yang ditemui pada majlis sidang media Sunsilk dan Pertunjukan Fesyen Moda di The Gardens, Jumaat lalu, memanjatkan kesyukuran kerana penyakit yang dialami sudah pulih.

“Saya mula rasa sakit sekitar Ogos hingga September tahun lalu. Kemudian menjalani rawatan pada November sebelum pulih Mac lalu.

“Pada awalnya, saya langsung tidak tahu mengenai penyakit ini. Selepas dimaklumkan mengalami penyakit sis (ketumbuhan dalam rahim) yang dihadapi kebanyakan wanita, perasaan takut mula berkurangan.

“Selepas mendapat rawatan, doktor memaklumkan penyakit saya berada pada tahap serius. Begitupun, kerana takut menjalani pembedahan saya mendapatkan rawatan tradisional Cina. Alhamdulillah, kesihatan bertambah pulih,” kata Diana yang kelihatan anggun menggayakan busana merah jambu rekaan Alvin Tay pada majlis itu.

Selain dilantik sebagai wajah kempen Kesempurnaan Sunsilk, Diana turut memperagakan pakaian pada pertunjukan fesyen dan gaya rambut yang berlangsung di tempat sama pada sebelah malamnya. Diana mengakui betapa dia berasa ‘kerdil’ apabila dikelilingi barisan model profesional pada pertunjukan yang julung kali diadakan itu. via Harian Metro

Diana Danielle

Diana Danielle

Diana Danielle

Diana Danielle

Diana Danielle

Diana Danielle

Diana Danielle

Diana Danielle

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Akim di Sidang Media Konsert Walls Cornetto

BIO Mariah Carey