in

Eksklusif: Gambar Diana Danielle Bawa Diri Ke Jakarta

Ingat habis je exam, boleh rileks-rileks tetapi bagi pelakon yang sekarang sedang hangat dengan cerita dirinya dipukul oleh boy friend (ops, sekarang bukan bf lagi.. tinggal ex-bf), Diana Danielle rasanya tidak ada rehat bagi dirinya. Ada sekali tu, untuk lepaskan segala resah gundah gulana, Diana Danielle terbang ke Jakarta untuk shopping dan jalan-jalan makan angin. Khabarnya, sekarang Diana masih berada di sana untuk cuti-cuti dan shopping.

Gambar ini dikirim oleh Diana Danielle eksklusif untuk tatapan semua pembaca Sensasi Selebriti. Terima kasih banyak, Diana. Budiey harap Diana banyak bersabar dalam menangani masalah yang melingkari dirinya. Bukan mudah sebenarnya. Dengan umur yang sementah itu, Budiey kira Diana perlu ada satu perlindungan. Tindakan untuk melaporkan kepada polis tentang dirinya dipukul satu langkah yang bijak. Walaupun ada yang kata, Diana banyak mengada-ngadakan cerita dan memohon simpati daripada wartawan, namun Budiey rasa di sebalik setiap tragedi yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya. Yang penting adalah kejujuran dan keikhlasan.

Kini, percintaan dengan anak kesayangan Datuk Yusof Haslam, Syamsul sudah hancur dan tidak mungkin akan bercantum kembali dalam masa terdekat ini. Terkejut juga, penafian Diana terhadap hubungan dengan Syamsul katanya hanya sekadar teman biasa. Bukan pasangan kekasih pun. Tetapi yang Budiey tahu, hubungan diorang memang rapat. Nak kata ada orang ketiga antara mereka, Diana dah nafi yang tidak ada orang ketiga. Sebab pada mulanya, cerita agak berbelit-belit dan tidak menentu. Mula-mula Budiey dengar, Syamsul marah-marah selepas masuk ke rumah Diana dan mendapati ada orang lain di dalam rumah itu. Dari situlah berlaku bergaduhannya. Lain sumber, lain pula ceritanya. Tidak tahu mana satu yang betul.

Budiey ada dengar, Diana pun dah tidak mahu berlakon lagi untuk drama milik Datuk Yusof Haslam. Mungkin kerana Diana dah berjauh hati. Apa-apa pun, rezeki ada di mana-mana. Mungkin lepas ni Diana dapat job yang lebih bersifat mega. Mana kita tau, kan? Harap Diana cekal menghadapi dugaan hidup. Peace!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eira Syazira & Esma Daniel Dalam Drama Melukut Di Tepian Gantang

AZRUL AMILA AMIR & NURUL FATIHA JADI PEMBACA BERITA RTM