Banyak lagi gambar di sini:
http://budifoto.blogspot.com
Budiey baru sahaja pulang dari menyaksikan Zoom In Bersama Datuk Siti Nurhaliza di Auditorium Perdana Angkasapuri. Disiarkan secara langsung di RTM1 pada jam 9 malam, program hiburan ini menjadi tumpuan dan dinantikan oleh peminat diva nombor satu ini. Mungkin kerana agak lama Siti tidak menjayakan program Zoom In di RTM. Malah ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk melihat persembahan Siti dengan gaya tudungnya yang terkini.
Tidak kurang, ada peminat yang sanggup berhimpun jam 7 malam di perkarangan Angkasapuri. Hujan lebat dan jalan yang sesak pada senja itu juga tidak menjadi penghalang bagi mereka. Seperti sebelum ini pun keadaan dewan Auditorium pada malam tadi agak sesak sehingga ada yang berdiri. Ada juga yang berhimpit-himpit di pintu masuk dewan walaupun sudah ada pass masuk di tangan. Nasib baik pintu dewan kukuh. Kalau tidak, tahu la apa akan jadi. Mahu pecah pintu dewan tu barangkali.
Sebanyak 15 buah lagu diperdengarkan kepada penonton. Kepada yang sudah menonton, rasanya korang dah tahu senarai lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza. Dengan mengundang pelawak Louisa Chong, Shamsul Ghau-Ghau, Aznil Hj Nawawi dan grup band Coda; artis terbaru dari Siti Nurhaliza Production, sudah cukup melengkapkan program ini menjadi antara program paling diminati di RTM setakat ini.
Budiey akan ceritakan lebih lanjut di entri yang akan datang. Untuk entri ini, Budiey nak letak gambar-gambar yang sempat Budiey rakamkan untuk pembaca Sensasi Selebriti. Sebanyak 3 pakaian persalinan telah Siti pakai di Zoom In kali ini. Semuanya tidak ada yang menjolok mata. Cuma ada fesyen yang rasanya tidak kena… mmm… biasalah tu. Apabila dah bertudung kadangkala susah untuk menyesuaikan antara lagu dan pakaian. Budiey paling suka dengan persalinan warna merah terang tu. Keserian wajah Siti nampak menyerlah dan rasa Budiey pakaian macam tu lebih sesuai dengan lagu yang dibawa.