Semalam, lewat jam 11 malam Datuk Siti Nurhaliza dan Sharifah Amani bertandang ke program bual bicara Jangan Tidur Lagi. Kedua-dua selebriti ini memang comel dan cantik seadanya di TV. Nampak eksklusif pula bila rancangan terbitan TV3 ini menjemput kedua bintang ini bertandang bersama dua hos yang gila-gila dan penonton yang sporting. Sampai hos Adlin Aman Ramli berebut-rebut dengan Azwan Ali untuk menemubual Datuk Siti Nurhaliza.
Nasib baik diorang tak bincang pasal gambar Siti Nurhaliza mandi di laut bersama Datuk K. Ingat macam gambar Fahrin Ahmad mandi laut dengan Linda Onn ke? Semua benda diorang ni nak skodeng dan menyibuk jek. Dalam duk gossip orang, Adlin Aman Ramli ni sporting bila dia bawa girlfren dia masuk program sendiri. Siapa awek Adlin Aman Ramli? Kalau nak tau, Adlin bagus sebab dia mengaku bercinta dengan adik Amelia Rusnaida, Emelda Rosmila pelakon Manjalara.
Baguslah Adlin mengaku bercinta dengan Manja Lara tu. Eh! Cakap pasal Manjalara, sekarang ni drama ni tengah panas. Tadi, watak Mustapha Kamal dimatikan. Damn! Tak suka betul. Sahara macam biasa, jahat giler sampai saya rasa nak menyumpah seranah je kat dia. Ngetopnya drama Manjalara ni sampai ke ada seluar besar kat pasar malam tu dinamakan seluar manjalara… biasalah, nak laris barang. Macam tudung Mawi dulu gak la.
Ditegur wajah Siti Nurhaliza berisi dan Adlin pula bertanya bilalah agaknya Siti akan berbadan dua. Untuk peminat, Siti kata jangan risau, bila dah ada rezeki anak, dia akan bagi tau. Siti nak beranak… paling ramai pun dalam empat orang. Dari segi karier, Siti ada projek besar untuk peminat akan datang. Setakat ini Siti bersyukur dan dia lakukan semua untuk peminat.
Impian Siti setakat ini ialah untuk menerbitkan album Inggeris dan mengadakan konsert tradisional terbesar yang grand pernah diadakan. Tunggu sahaja saatnya. Azwan pula mencelah pasal sepanjang bulan dan sepanjang tahun, Siti asyik berbulan madu sahaja. Apa taknya, Siti Nurhaliza ambil peluang apabila Datuk K bekerja di luar negara saje, dia pasti nak ikut.
Adlin pula mengusik kalau-kalau ada permintaan Datuk K untuk Siti menyanyikan lagu sebelum mereka tidur. Siti hanya senyum-senyum malu je nak jawab. Ada makcik tu tanya Siti… paling lewat Datuk K tidur pukul berapa? Jawab Siti, kalau ada movie yang best, Datuk K akan tidur dalam jam 1 pagi. Mmm… lewat gak tu. Yang kelakarnya, si Azwan Ali gatal lak nak tanya sebelum tidur apa Siti dan Datuk K akan buat. Ceh! Takkan tu pun nak kasi tahu lak diorang buat apa. Selain tanya apa program esok hari… cuba korang teka apa diorang buat? Hek menyibuk lak aku nih. Piii rah!
Siti sempat mendendangkan lagu Pastikan dan Bahtera Merdeka. Sedap dan mendayu sungguh suara Siti… Budiey always luv it!
Syarifah Amani yang masih berambut pendek tu mahu belajar banyak bahasa katanya supaya dia dapat berlakon sampai ke filem luar negera. Biar bangga jadi anak Malaysia yang berjaya. Kalau boleh sampai ke Hollywood. Wah! Meletop lah you Nani! Tak sabar nak tengok filem Muallaf lakonan Syarifah Amani nanti. Ramai blogger hiburan dah tengok. Diorang cakap memang gempak habis lah filem tu. Tapi sayang pendek sangat citer muallaf tu. Sejam lebih sikit jek. Budiey tak tengok lagi. Tunggu lah pra tonton nanti… tak tahu bila. Tahun depan for sure!
Alamak lupa nak ambik gambar Syarifah Amani… erk! Next time leh?