in

Gambar Datuk Siti Nurhaliza @ Backstage Konsert Setiakawan 2

Biasanya penyanyi akan menempah baju banyak-banyak untuk persediaan bagi tampil dengan fesyen yang berbeza setiap kali persembahan. Bagi penyanyi seperti Datuk Siti Nurhaliza, dalam sebulan mungkin dalam 4-5 pasang baju baru akan ditempah untuk dijadikan koleksi. Dengan ada koleksi sendiri, sudah tentu tidak akan mengelam-kabutkan keadaan. Manalah tahu, kadang-kadang mereka ini mendapat tawaran di saat akhir. Jadi, senang buat persediaan awal.

Ketika persembahan di Konsert Setiakawan 2 pada hari Sabtu lalu, Datuk Siti Nurhaliza tampil dengan pakaian busana rekaan pereka fesyen kegemarannya, Michael Ong. Suka dengan pemilihan warna lembut jenis pastel ini. Korang suka? Apa komen korang?

Budiey sempat merakam gambar-gambar Siti Nurhaliza bergaya dengan busana ini ketika sedang berehat menanti giliran di belakang pentas.


Salam manis buat semua pembaca Sensasi Selebriti.

Hah, ni dia korang suruh Budi close up, kan? Tapi sorry tak dapat nak close sampai nampak lubang hidung.

Sekali sekala nak berangan…

Ready & get ready untuk keluar menemui peminat yang menanti di depan pentas.

Pose menarik dengan senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir.

budi siti nurhaliza

Budiey sempat bergambar dengan penyanyi pujaan ramai ini sebelum diva ini keluar ke pentas untuk berduet sama Yuni Shara, kakak kepada Kris Dayanti untuk lagu Bukan Cinta Biasa, Pastikan dan Ku Mahu.


[tags]siti nurhaliza, konsert, setiakawan 2, lirik, backstage, lyric, download, lagu, kris dayanti, yuni shara, fesyen, police fashion, hollywood, smile, michael ong, tempah, baju show[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adlin, Syamsul, Diana Danielle, Farid Kamil @ Team Toyo Drift Competition

Peraduan Menangi Album EastToWest – Ning Baizura