Semalam, Budiey telah menghadiri Majlis Pelancaran Album Lentera Timur di Dewan Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 2 petang. Dihadiri oleh suaminya yang terchenta, Datuk Khalid, ibu bapa, famili, kakaknya Saida, para penulis lirik dan komposer, pemenang dari Radio Era, para peminat dan para media, majlis yang menyaksikan album yang telah berada di pasaran sejak 26 Disember lalu dilancarkan dengan sempurnanya oleh Dato’ Siti.
Hadir dengan berpakaian lengkap hitam dan hijau gelap rekaan dari Amir Loqman, Dato’ Siti seperti biasa nampak anggun. Kali ini, pakaian Siti tidaklah menimbulkan kontroversi sebagaimana pakaian rekaan Rizman Ruzaini yang dipakainya ketika pelancaran album sebelum ini. Pakaian yang katanya berharga RM5 ribu ini disiapkan oleh Amir selama 2 minggu yang menggunakan fabric dari net, lace dan lycra yang dibeli dari Jakarta. Dalamnya dibentuk seperti T-shirt dan diluarnya pula dibuat ropolan di bahagian bawah. Sangat simple sebenarnya. Tapi yang penting ada ciri-ciri etnik. Sebenarnya, ini adalah rekaan Amir yang dipakai Siti yang mana baju yang pertama dipakai ketika video klip Spa Q 2. Tahniah la Amir, memang pakaian Amir Loqman sangat cantik dan sesuai di pakai oleh Siti.
Dato’ Siti juga turut memboikot barangan Amerika dan begitu sedih dengan kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Palestin. Siti merancang konsert meganya pada tahun ini, perancangan dan proposal telah pun siap, tinggal cari sponsor je lagi. Selain konsert amal dan makan malam, Siti juga akan buat persembahan di konsert orcestra pula selepas ini. Kepada peminat, korang tunggu sahaja lah.
Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Pelancaran Album Lentera Timur
Masa duduk bersebelah suaminya
Walau apa dugaan yang melanda, hanya sabar pengubat segala
Masih berseri-seri seperti dulu
Bersama barisan komposer dan penulis lirik
Bersama mock up album yang siap ditandatangan oleh komposer
Ceria dengan senyuman manis
Gelak riang
Memotong pulut kuning sempena hari jadinya yang ke 30
Bergambar dengan ibu bapa dan suami serta semua VIP
Jangan lupa dapatkan di pasaran ya!