in

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sidang Media Konsert Satu Suara

Pada jam 3 petang tadi, Budiey sempat menghadiri Majlis Sidang Media Konsert Satu Suara Aizat & Faizal Tahir di Salasar Pualam, Tingkat 2, Istana Budaya. Konsert yang akan diadakan pada 12, 13 dan 14 Februari ini akan menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza.

Ucapan Dato’ Siti Nurhaliza kepada semua pembaca Sensasi Selebriti sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com:

Kali ini, Siti Nurhaliza dah jadi ‘tauke pentas’ di mana syarikat miliknya Siti Nurhaliza Productions selaku penerbit. Namun, konsep dan idea pementasan diserahkan kepada Aizat dan Faizal Tahir sendiri untuk menentukannya.

Konsert ini berdurasi 2 jam setengah ini akan diarahkan oleh Jennifer Thompson dan menggunakan 7 orang pemuzik profesional di bawah pimpinan Pengarah Muzik Sze Wan serta 20 orang pemain strings (Orkestra Simfoni Kebangsaan).

Selaras dengan matlamat untuk meremajakan Istana Budaya, maka konsert ini mampu mengajak generasi muda menonton sambil menyuntik inspirasi dalam diri mereka.

Ramai pembaca yang tanya, boleh ke Faizal Tahir perform dalam keadaan dirinya tak berapa sihat tu? Yea, memang doktor Faizal tak berapa galakkan dia buat show dengan showmanship yang terlalu bebas ke sana sini. Kalau duk keras kejung atas pentas tu kira okay lagi. Macam AJL hari tu pun, doktor mengeleng kepala tengok. Tapi itulah Faizal Tahir, dia cuba mahu memberikan yang terbaik untuk kepuasan peminat.

Faizal Tahir kata, dia dalam proses pemulihan. Makan masa yang agak lama jugak, dalam 6 bulan cam tu untuk sembuh. Menurut Faizal Tahir, penyakit yang dihidapinya satu penyakit yang agak serius. Darah beku. Bahaya wooooo! Doktor larang Faizal Tahir driving tapi selama jek dia driving setiap hari.

Yang penting, Faizal Tahir tak leh perform secara agresif sangat. Pergerakan pun sangat terbatas, dah tentu dia takkan puas punya. Tapi risiko sangat besar, kalau ada-ada apa berlaku, proses pemulihan tu akan jadi terbantut.

Kemenangan Faizal Tahir dan Aizat menjadikan konsert ini bertambah ada POWER. Orang kata, aura AJL tu masih berbisa. Sehingga Pengarah Istana Budaya ada berkata, macam Siti guna bomoh Siam, tak semena-mena offer Faizal Tahir dan Aizat, terus diorang menang AJL. Kebetulan je kot, diorang kan hebat. Mana ada Siti nak guna bomoh Siam.

Dalam poster konsert ini, ketiga-tiga ikon ini memakai pakaian ala military hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Bagi Budiey, rasa sangat teruja untuk tonton konsert ini sebab dilatari dengan muzik orkestra, Memang best giler la jadiknya.

Lagi pula, sambil berhibur korang boleh beramal kerana dari sebahagian dari kutipan tiket akan dihulurkan kepada Yayasan AEON Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar IZ OIAM Masa Shooting Iklan Munchy’s

Gambar Drama Nur Kasih