in

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Tahlil Arwah Bapanya

Dato’ Siti Nurhaliza kembali tenang setelah pemergian bapanya. Apa yang kita harapkan ruh bapa penyanyi popular ini dilimpahkan rahmat di alam barzakh. Kepada Siti, sabar dan tawakkal adalah kunci segala ketenangan. Gambar wajah Siti Nurhaliza di majlis tahlil di kediamannya di Kuala Lipis.

Satu je yang Budiey perasan, Siti Nurhaliza sememangnya comel dan cute kalau bertudung litup macam ni. Nampak bertambah manis. Budiey bersetuju sangat kalau Siti teruskan memakai tudung macam ni. Rezeki takkan tertutup atau hilang kalau bertudung macam ni pun. Lagi satu, Dato’ K pun dapat pahala jugak dan satu lagi, akan menghilangkan kata-kata kutukan dari orang ramai… amacam?

[gambar terpaksa didelete. harap maaf]

Ada pembaca mengatakan pada Budiey bahawa lagu Di Taman Teman seolah-olah menggambarkan satu kehilangan dalam hidup Siti yang pasti akan dihadapinya.

Teliti bait lirik ini:

Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

[gambar terpaksa didelete, harap maaf.]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Koleksi Gambar Teman Tapi Mesra Azizah Mahzan & Zaefrul Nordin

Showcase Tour The Fabulous Cats, Nurul, Zhana, Imran Ajmain dan Nitrus di Pulau Pinang