Walaupun dah beberapa minggu berada di pasaran, album CTKD telah pun selamat dilancarkan dalam satu majlis yang sangat meriah dan grand! Tahniah buat dua ikon ini yang berjaya merealisasikan impian mereka. Dan di sini Budiey nak ucapkan juga Selamat Hari Jadi Yang ke-31 buat Dato’ Siti Nurhaliza yang disambut dalam satu majlis yang sama malam tadi.
Dewan Grand Ballroom, Hotel JW Marriot pada malam tadi bagaikan sesak dan tak cukup tempat. Selebriti, VIP, tetamu dari dua belah pihak dan juga semua media telah berhimpun untuk turut sama meraikannya. Itulah penangan Dato’ Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti. Kalau buat konsert menggabungkan mereka berdua pun, Budiey rasa pecah panggung.
Umum dah tahu, dua sekawan dari dua negara ini bersatu dalam satu album. CTKD = Canda, Tangis, Ketawa, Duka. Semua itu adalah situasi yang pernah dilalui oleh Siti dan Kris sepanjang bergelar anak seni. Malah, kita orang biasa ni pun memang pernah melalui saat-saat yang tercetus dari hati. Semua manusia akan diberi peluang untuk merasai semua rasa ini.
Muzik itu adalah satu irama penyatuan yang padu. Satu jiwa, satu hati dan satu makna. Itulah yang mahu disampaikan oleh dua ikon terkenal ini. Muzik bukan saje bahan untuk hiburan tapi menjangkau jauh dari itu.
Dato’ Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti hadir dengan tema baju serba ungu. Kalau tak silap, ianya hasil rekaan dari pereka Rizman Ruzaini. Sesuailah dengan cover album yang juga dalam warna yang sama. Ungu lambang kecintaan yang tebal, ungu adalah lambang dan simbolik kepada penyatuan dua hati.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa… amin…