Malam tadi telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa & Pengenalan Artis Baru anjuran Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd di tingkat 1, Dewan Besar Tun Rahah, Yayasan Tun Razak, Bukit Bintang. Budiey mewakili Sensasi Selebriti ingin mengucapkan terima kasih kepada SNP kerana sudi menjemput kami.
Selain diserikan dengan kehadiran artis baru SNP seperti Saida, Sairah dan Coda, majlis tadi dihadiri oleh orang kuat SRC Mr Tan Su Loke, Encik Freddie Fernandez selaku Presiden Karyawan, beberapa pencipta lagu, staff SNP dan para media.
Majlis ini menjadi tumpuan pelosok media untuk membongkar beberapa gossip dan khabar angin yang melanda kehidupan Dato’ Siti Nurhaliza yang dikatakan bermadu. Maka, sebagaimana lumrahnya, jenuhlah Datuk Khalid dan Siti Nurhaliza sendiri menjawab soalan yang datang bertubi-tubi para wartawan yang begitu setia cuba menggali kebenaran.
Selain kegiatan terkini Siti Nurhaliza yang akan tampil sebagai cameo dalam Drama Spa Q, bintang ternama ini juga turut menceritakan pengalamannya ketika mengerjakan ibadah umrah.
Kepada Dato’ Siti Nurhaliza yang katanya sentiasa membaca blog ini, Budiey dan seluruh pembaca ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari lebaran yang bakal menjelang tiba. Maafa Zahir & Batin…
Sempat lagi tu dia menyapa Budiey masa photo shoot tadi, tanya bila nak masuk gambar dalam blog. Budiey selamba je jawab, malam ni gak! Ha, ni kira nak menunaikan janji le ni. Kak Zi (pengurus artis SNP) pulak suruh Budiey letak 16 gambar… hahaha… insyaallah nanti Budiey letak lagi gambar Saida, Sairah dan Coda ya.
Entri ini hanya sekadar ingin meletakkan beberapa keping gambar penyanyi nombor satu negara yang Budiey sempat ambil tadi. Fesyen busana yang digayakan adalah hasil dari rekaan kreatif Rizman Ruzaini.
Kepada peminat Siti Nurhaliza semua… enjoyz ya!
Semakin slim yea lepas amalkan diet ni. Oh ye tak ya, campur lagi dengan berpuasa ni… lagi slim.
Comel
Berlatarkan dekorasi bertema hari raya.