Haa… ini dia gambar kulit album Dato’ Siti Nurhaliza yang berjudul Tahajjud Cinta yang akan berada di pasaran esok – 9 September 2009. jangan ketinggalan untuk mendapatkan album ini ya~
Lihat seketika pada cover album CT ni… Dengan mengenakan sepasang gaun berwarna putih kapas, Siti Nurhaliza berdiri sambil berdoa menadah tangan ke langit, berbelakangkan pemandangan sebuah padang hijau yang luas, penuh dengan rumput rampai berwarna hijau dengan sepohon pokok yang membawa maksud sebuah kehidupan dalam sebuah ketenangan. Dilembayungi awan gemawan yang memutih salju dan langit yang membiru.
Yea, Budiey rasa tema yang elok diletakkan kat sini ialah SESUCI SALJU… (bukan sesuci lebaran… hehehe). Jika kita meminta keampunan dari Tuhan, pasti hati kita akan suci semula. Itulah yang Budiey boleh interpretasi melalui gambaran awal cover album ini. Yang pastinya semua situasi tampak tenang semula. Mungkin ini yang Siti Nurhaliza mahukan kerana sedikit sebanyak ketenangan dapat memberikan satu sinar bahagia walaupun terlalu banyak dugaan yang diterima.
Budiey ingin kongsikan juga… poster yang bakal ditampal di kedai-kedai CD… Sungguh indah~! Suka tengok busana putih kapas nih~ Agak-agak siapa designer nya. Ya.. you know who~
Budiey suka dengan poster ni. Suka dengan gaya posing Siti yang melihat ke arah lain dengan memegang tali buaian di bawah sebatang pokok. Sekadar tempat berteduh… mmm… Sesungguhnya, hidup kita kat dunia ni hanya sementara sahaja. Tempat untuk menumpang teduh seketika sementara menunggu damai abadi.
Kepada peminat Dato’ Siti Nurhaliza, jangan lupa beli yang original ~ Sebab apa? Sebabnya, semua pengisian lagu-lagu indah syahdu syahdan dalam album ini membuat kita rasa lebih mengenali siapa kita di dunia ini. Yea, betul~ ! Kita cuma seorang HAMBA.
Tahajjud CInta… mmm… pernahkah anda bertahajjud?