Budiey rasa sangat teruja apabila dijemput khas oleh Rafflesia untuk melihat busana gaun rekaan Alia Bastamam untuk dipakai oleh Miss Universe Malaysia 2013, Carey Ng pada 24 September 2013 yang lalu. Apa taknya, busana gaun yang bertatahkan mutiara daripada Rafflesia sebagai perincian untuk bernilai RM1.1juta! Haa, mana nak carik kan duit beli baju ni? Korang ada?
Sebenarnya, gaun ini adalah teaser persalinan sebenar untuk Carey Ng pakai di Pertandingan Miss Universe Pageant di Moscow pada bulan November depan. Harap jangan kutuk dan komen busana ni tak cantik ke apa ke sebab baju ni tak siap lagi pun sebenarnya. Mungkin ada penambahan sedikit di bahagian bawah ke kat mana-mana kita tak tahu.
Budiey dah tengok busana ini dari dekat dan Budiey dapati ianya dibuat begitu kemas dan rapi oleh Alia Bastamam. Tahniah untuk Alia Bastamam sebab dapat peluang keemasan macam ni. Susah nak dapat peluang macam ni kan? So, dah dapat ni, kira untunglah.
Semasa acara santai ini berlangsung, Budiey turut diperkenalkan oleh mentor Carey Ng iaitu Elaine Daly dan turut berada di sana juga adalah duta Rusia di Malaysia, Lyudmila G Vorobyeve.
Gaun ini diperbuat dari kain sifon dan lace Elie Saab. Ia membangkitkan elemen dramatik, nampak seksi sebab terbelah di bahagian tengah dan terdedah pada bahagian atas. Standard la kan untuk ratu pakai.