Selepas ke Parti Hari Jadi Erin Malek, Budiey ke Zouk KL untuk melihat persembahan Bittersweet dan One Buck Short di Voting Party MTV Asia Awards. Teruja juga sebab ini kali pertama Budiey bersua dengan VJ Taya yang meletop tu. Hahaha… selain tu, VJ Utt pun ada. Ni kali kedua jumpa dengan Utt sebenarnya. So, tak heran sangatlah.
Voting Party anjuran MTV ini dilangsungkan untuk memeriahkan lagi acara besar-besaran itu yang akan diadakan pada 2 Ogos ini di Arena of Stars, Genting Highlands. Tapi sayangnya, Budiey kira voting party kali ini tidak seperti musim-musim yang lalu di mana, peminat dapat masuk dengan percuma. Lagi pula, tiada tarikan untuk peminat datang kerana kedua-dua persembahan adalah diberi kepada band indie.
Mungkin ada banyak sebab mengapa voting party kali ini tiada sambutan. Pertama, tiada promosi yang hebat. Kedua, khabarnya management kali ini terdiri daripada staff yang baru dan sangat fresh. Jadi, tidak banyak benda yang dapat dijadikan tarikan untuk musim ini. Ketiga, sepatutnya MTV harus mengambil penyanyi yang sudah popular untuk menarik perhatian peminat untuk datang. Budiey rasa tak sampai 50 orang yang hadir pada malam itu.
Harapnya, kehambaran voting party tidak menjadi badi dan berjangkit di event yang sebenar. Bunyi ceritanya, MTV Asia Awards tidak akan diserikan oleh beberapa artis ternama seperti Dato’ Siti Nurhaliza. Budiey dapat info yang mana Siti tidak dapat hadir kerana mahu menghadiri satu majlis kenduri kahwin saudara terdekat. Mmm, terkilan juga sebab tak dapat ambil gambar Siti Nurhaliza di sana nanti.
Bittersweet
One Buck Short
Pada 1 Ogos (eh! Budiey punya birthday ek?) akan diadakan sidang media untuk MTV Asia Awards di Genting. Sampai saat ini, Budiey masih tertunggu kad jemputan untuk hadir ke sana. Ramai media lain juga masih belum mendapatkan jemputan. Tunggu jelah, kalau ada rezeki adalah tu.. kan.
Selain persembahan dari The Bittersweet dan One Buck Short, peminat dapat menyertai permainan yang menghadiahkan pelbagai cenderamata MTV dan juga tiket ke MTV Asia Awards. Persembahan kedua band indie tu boleh la layan…. tapi bising giler muzik depa ni.
Kami sekejap aje di sana. Minum dan ngobrol dengan kawan media lain. Kemudian, terus balik. Yang penting, dapat bergambar dengan VJ Taya. Huhu!