Sebenarnya, Budiey telah memilih 5 orang pembaca untuk bersama Budiey menonton filem Congkak di majlis pra tonton filem arahan Ahmad Idham siang tadi. Terima kasih kepada Metrowealth kerana memberikan 5 kerusi di dewan 7, Golden Screen Cinemas, One Utama.
Terima kasih kepada 3 orang pembaca yang hadir iaitu Nur Hidayah, Iyas dan Saiful. Sanggup ya korang datang pagi-pagi lagi dan sampai tepat dengan masanya. Ada yang sanggup minta cuti semata-mata nak tengok Congkak. Namun, Budiey sangat kesal dengan tindakan 2 orang lagi pembaca lagi yang mengirim SMS mengatakan ada masalah untuk datang. Bayangkan korang ni kira bertuah sebab ramai lagi pembaca yang menghantar email untuk join pra tonton pagi tadi. Entahlah Budiey nak cakap apa, tapi sangat terkilan dengan korang yang tak tahu nak bagi tau awal-awal tak dapat datang.
Budiey sempat berborak dengan Ahmad Idham dan mengatakan pada pengarah filem ini pasal ramai sangat pembaca yang nak datang sebenarnya. Lebih 50 orang yang sanggup hantar email semata-mata mahu menjadi antara penonton pertama menonton filem Congkak sebelum ditayangkan kepada umum pada 14 April depan.
Komen Ahmad Idham…“Gile ko nak bawak ko punya pembaca tu sumbat panggung nih…” Tak pe, nanti kalau ada badget kita sewa satu hall untuk korang semua. Yang penting kena sampai target 10 juta kutipan untuk filem Congkak nih. Dan itu janji David Teo yang pastinya menjanjikan pelayaran Star Cruise kepada pelakon dan para media sekiranya mencapai target kutipan 10 juta untuk Asia Tenggara!
Wah! Selepas menonton sendiri filem seram ini, Budiey rasa target 10 juta memang boleh capai. Rasanya penonton yang menyukai filem Jangan Pandang Belakang akan menjejakkan kaki mereka di panggung sekali lagi untuk menonton filem Congkak yang 100 kali ganda lebih seram dari Jangan Pandang Belakang! Seram giler beb!
TEMUBUAL BERSAMA HIDAYAH
Pagi tadi, Budiey rasa seronok kerana dapat berkongsi pengalaman menonton bersama pembaca. Menurut Hidayah yang masih lagi menuntut di bidang IT (majoring Multimedia System) di MMU ini merasakan filem Congkak lebih baik dari filem Jangan Pandang Belakang. Rasa amat takut dan teruja dengan filem lakonan Erin Malik ini, sehinggakan gadis montel ini memberikan 3.5 / 5 bintang. Baginya, pelakon terbaik dalam filem Congkak ialah Nanu Baharuddin dan Ruminah Sidek. Adegan paling seram bagi Hidayah pula ketika Opah (nenek jelmaan iblis lakonan Ruminah Sidek) ganggu ketika Kazman (Riezman), Sufiah (Nanu), Ely (Erin Malek) dan Lisa (Erynne) sedang tidur di tingkat atas rumah berhantu tu. Uish, seram siot. Budiey yang tengah tulis entri ni pun dah meremang bulu roma ingat beberapa adegan seram giler dalam Congkak. So, camna nak tulis ulasan kalau camni?
Pembaca dan pelakon utama filem Congkak: Erin Malek & Erynne Erynna
TEMUBUAL BERSAMA SAIFUL
Menurut pembaca setia bernama Saiful pula, filem Congkak menggunakan sistem bunyi yang terlalu overdose dan terlalu kuat membingitkan telinga sehingga boleh membuatkan jantung anda luruh. Malah, ada beberapa scene melibatkan Nanu Baharuddin di permulaan cerita di mana kamera fokus kepada batu nisan di kawasan kubur di tepi jalan. Di situ, penggunaan sistem bunyi memang kuat dan rasanya tak perlu keterlaluan sangat. Juga ketika scene di ladang getah di mana Ely (Erin Malek) ternampak M. Rajoli ketika mengutip biji getah untuk bermain congkak dengan bapanya, Kazman. Walhal takde apa-apa pun sebenarnya.
Bagaimana pun, filem Congkak bagi Saiful adalah lebih baik daripada filem Jangan Pandang Belakang. Scene paling seram bagi Saiful ketika mana Lisa bermain congkak pada waktu malam ketika semua orang sedang tidur dan scene Kazman melihat hantu nenek tu di dapur.
Dari sudut penggunaan CGI pula, Saiful tidak bersetuju dengan penggunaan special effect yang digunakan ketika Nanu terapung-apung di atas katil dan juga ketika mana bumi terbelah untuk menelan iblis pada penghujung cerita. Saiful menambah, filem Exorcist tidak menggunakan special effect tapi masih boleh membuatkan penonton rasa seram.
Pelakon terbaik bagi Saiful ialah Erynne Erynna dan Riezman. Saiful memberikan 3.5 / 5 bintang.
TEMUBUAL BERSAMA IYAS
Bagi pembaca dari Cheras bernama Iyas pula bersetuju bahawa filem ini antara filem paling seram dan menakutkan setakat ini. Penceritaan dan keseluruhan filem ini baginya setaraf dengan filem Anak Halal. Iyas yang juga pelajar kursus perubatan di HUKM ini mengakui adegan paling seram ialah ketika melibatkan Ruminah Sidek yang menjadi nenek yang sentiasa menangis dan merintih di rumah yang baru dibeli oleh Kazman (Riezman). Iyas juga banyak dikejutkan dengan sistem bunyi yang memang malatops dan sangat ‘kemas’ dicipta dengan Dolby Digital Sound. Iyas kasi 4 /5 bintang!
Paling seram katanya, semasa Lisa (Erynne) yang menutup lampu bilik tidur dan dimarahi kakaknya, Ely (lakonan Erin). Kemudian si Lisa terus ternampak bayang hantu di luar menerusi tingkap. Memang seram masa tu sih! Susah Budiey nak terangkan kat sini. Korang kena tengok sendiri la ya 17 April nih di pawagam berdekatan.
Gambar pelakon dan selebriti di Majlis Pra Tonton akan menyusul kemudian ya. Korang datang singgah balik ke blog ni esok!
[tags]filem congkak, sinopsis, readers, blogger, how to be rich, Gadis jilbab ngentot, fesyen bertudung, gelaran datuk ditarik balik, pereka cipta kereta proton saga, lufya gossip, bersekedudukan, rita rudaini kahwin siam, ely, erin malik[/tags]