Semalam telah berlangsung satu sidang media penyampaian cek hadiah dari Rafflesia Pearl Centre untuk Ford Model Supermodel of the World Malaysia 2009. Sebagaimana yang ramai tahu, pertandingan mencari supermodel ini dianjurkan oleh syarikat milik Amber Chia, supermodel terkenal iaitu AmberCreations.
Budiey perhatikan Malaysia adalah sebuah negara yang tak banyak melahirkan supermodel yang meletop di negara luar. Ada tu, memang ada, tapi boleh kira dengan jari. Sangat kurang. Tapi bolehkah dengan pertandingan sebegini dapat mempopularkan Malaysia di mata dunia? Itu kena tengok…
Rafflesia telah bermurah hati menaja RM166,000 dalam bentuk barangan kemas untuk pertandingan ini. Budiey kira itu, satu jumlah yang banyak.
Pertandingan Akhir Ford Supermodel of the World ini akan diadakan pada hari Sabtu ini.
Di sidang media itu juga, finalis pertandingan yang akan ditayangkan di Astro Starworld pada 19 Disember ini. Manakala, untuk menonton episod program realiti ini, korang boleh layari: http://www.fordsupermodel.tv
Budiey sempat ambil gambar finalis untuk pertandingan pencarian supermodel ini… agak-agak siapa jadi juara pertandingan ini?