in

Gambar Backstage Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka

Budiey baru sahaja pulang daripada Konsert Setiakawan 2 yang telah berlangsung jam 9 malam tadi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Lebih kurang 2,000 penonton telah membanjiri Dataran Merdeka untuk menyaksikan secara langsung konsert yang menghimpunkan penyanyi terkenal daripada 4 buah negara, iaitu Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Disiarkan secara live menerusi RTM2, Saluran Famili anda, konsert yang mengeratkan ukhuwah yang terbina dengan negara jiran ini dihoskan oleh Zul Yahya dan Sharifah Shahira.

Rasanya ada di kalangan pembaca yang menonton siaran ini dan tidak perlu Budiey ulas secara terperinci apa yang berlaku. Budiey percaya sebilangan besar daripada pembaca menyaksikan penyingkiran Naim dan Lutfya di Konsert Akademi Fantasia minggu ketiga. Penyingkiran 2 orang pelajar sekaligus adalah satu kejutan dan mungkinkah akan ada AFUNDI MASUK pada minggu seterusnya?

Suka Budiey berkongsi gambar belakang pentas yang sempat Budiey rakamkan untuk tatapan pembaca semua.



Masih maintain kurus walaupun baru sahaja melahirkan anak, Shira tampil dengan fesyen yang sangat klise. Selalu pakai fesyen cam gini kat mana-mana acara. Memang akak suka pakai camni ek?

 

Izwan Pilus serba hitam tetapi kurang bersolek dengan warna gothic.

 
misha omar

Masih dengan mengikat gigi, Misha Omar masih manis dengan fesyen baju glittering di bahu dan warna merah jingga terang dipadankan dengan blaus hitam. Menarik!

 
ferhad

Pandai bergaya.

 

Suki suka dengan warna terang. Oren adalah pilihan hati agar ceria di kaca TV.

 

Wow, merah sangat baju abang Alleycats kita ni. Retro dan masih tampak selesa.

 

Kesilapan memilih warna kadangkala boleh menjejaskan imej. Warna terang perlu dipilih dengan teliti dan penyanyi bersuara lantang ini tidak sepatutnya memakai baju rona terang. Namun, keceriaan Adibah Nor di pentas agak terserlah dengan warna sebegini.

Wah! Zul Yahya tampil dengan warna hijau dan putih. Gabungan warna politik yang baik. Dan rasanya topi tu menyemak je. Tak perlu sangat!

 

Budi suka dengan penampilan Elyana. Hitam itu elegan dan bergaya, katanya. Elyana cantik? Terima kasih kepada make up!

 
siti nurhaliza

Menjelma umpama puteri negara Arab, Datuk Siti Nurhaliza mengenakan fesyen busana labuh berona pastel yang direka khas oleh Michael Ong. Cantik sangat-sangat. Budiey suka dengan penampilan Siti Nurhaliza di Konsert Setiakawan 2. Tampak selesa mata memandang. Namun, perhatikan kepada mutiara mewah di leher Siti, macam pernah ku lihat… tapi di mana ya?

[tags]konsert setiakawan 2, gambar backstage, siti nurhaliza fesyen, aliff, ayu, faisal, Ika, konsert final af6, konsert kedua af6, konsert pertama af6, laman rasmi af6, tudung, elyana, naim tersingkir, lutfya tersingkir, vote out, akademi fantasia 6, drama renjis, rating rtm, ferhad, adibah nor, misha omar, braces, dataran merdeka, banjir, shira gossip, kutipan evolusi kl drift, shilpa lee, ujian dementia, Adobe Photoshop Express, Free Photoshop Online[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amy Search Buka Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju

Adlin, Syamsul, Diana Danielle, Farid Kamil @ Team Toyo Drift Competition