Budiey dapat khabar, jurugambar terkenal, Zara dan team Camora Arts baru-baru ini telah diberi kesempatan untuk menjadi official “Newborn Photographer” kepada Pemain Pertahanan bagi pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan dan isterinya Zarema Zainal. Wah, tahniah Budiey ucapkan. Sentiasa dapat job yang best la korang ni kan?
Satu sessi “Newborn shooting” telah disempurnakan oleh team Camora Arts di kediaman keluarga Zarema kat Klang, Selangor. Budiey diberitahu, semasa “Newborn shooting” ini dijalankan, baby Aidil Zafuan dan Zarema Zainal baru sahaja berusia 5 hari. Hero comel ini diberi nama Ayden Zeeyad. Korang dapat tengok kat gambar kat bawah ni betapa comelnya baby ni.
Untuk sessi ” Newborn Shooting ” bersama Ayden Zeeyad, Camora Arts telah membuat satu tema terbaru yang mana dilabelkan sebagai “Baby Dreamy Photography”. Konsep ini memang masih baru di Malaysia sebenarnya. Konsep baru Camora Arts untuk 2015 ini, lebih kepada satu konsep “fairy tales” atau cerita dongeng untuk bayi & kanak-kanak apabila mereka sedang tidur. Idea dan konsep untuk Baby Ayden Zeeyad ini menceritakan pengembaraan baby ketika baby sedang tidur atau bermimpi. Konsep ini memang agak berlainan dari konsep untuk Selebriti-selebriti Malaysia sebelum ini.
Kesemua props yang digunakan adalah hasil DIY principal photographer  Zara Haleena dengan kerjasama Knitwie by Marlyna Nurrie yang bertanggungjawab dalam mengait seluar dan topi Baby Ayden Zeeyad. Pelbagai peristiwa lucu terjadi sepanjang “Newborn Shooting” untuk baby Ayden Zeeyad. Di antaranya, ketika sedang “posing’ baby bersama Aidil Zafuan, Baby Ayden mengeluarkan “poopoo” tepat di atas tangan daddy Ayden, Aidil Zafuan dan team Camora Arts berjaya memotretkan peristiwa tersebut 🙂
Kepada anda yang mahu mendapat khidmat Camora Arts bolehlah menghubungi mereka ya. Puas hati!
FACEBOOK : CAMORA ARTS
INSTAGRAM : @CAMORARARTS