in ,

Gambar Awie Wings Melamar Ratu Rock Ella

Ramai yang segan dan takut nak melamar Ella. Macam-macam persepsi dan gossip yang dah Budiey dengar tentang Ella dan zaman bujangnya yang masih belum berakhir. Realitinya, usia Ella pasti menjadi tanda tanya, mengapa sampai sekarang Ella masih belum kahwin.

Semalam, Budiey berkesempatan untuk menonton persembahan Ella di Konsert Ella Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya. Turut hadir selain para media adalah keluarga, artis serta penyokong kuat Ella. Ketika slot Ella bersama Awie Wings, ada satu scene yang mana Budiey rasa detik-detik cukup romantis dan sweet sempat Budiey rakam.

Dengan gaya spontan dan selamba, Awie duduk berlutut dan melamar Ella. Tapi ini hanya satu drama dan gurauan semata-mata. Kalau korang masih ingat, diorang kan pernah digandingkan sebagai kekasih dalam Pemburu Bayang. Jadi, jangan percaya sangat. Kalau tak silap Budiey, Awie kan dah beristeri. Eh, baru sorang kan, Awie? Ada 3 lagi kuota. Hehe.

Untuk info, Awie dan Joe Wings juga dijemput untuk featuring dalam Konsert Ella ini dengan menyanyikan lagu Terima Kasih dan lagu duet bersama Ella, Baldu Biru, Mana Menghilang. Selain Awie dan Joe, Datuk Ahmad Jais juga turut menyumbangkan suara duetnya dengan Ella dalam segmen tradisional. Nak tahu lagi apa, kena tonton sendiri live di IB.

Persembahan untuk umum akan bermula pada malam ini dan malam esok. Tiket masih dijual. Jadi, kepada penggemar lagu Ella, jangan lupa dapatkan tiket sekarang! Dengarnya, tiket paling murah laris macam pisang goreng panas.

Tiket-tiket berharga RM50, RM80, RM180, RM200 dan RM250 boleh dibeli terus di kaunter Box Office, Istana Budaya.

Pembelian secara dalam talian boleh dibuat melalui laman sesawang www.ticket2u.biz. Maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-41498600 dan 03-40265558 (waktu pejabat: 9 pagi – 6 petang), atau layari www.klfestival.org.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ida Nerina & Sha’arin Masih Suami Isteri Sah

Gossip Artis Realiti TV Perampas Suami Orang