in ,

Gambar Awie di Lokasi Pengambaran Filem Rentaz

Gambar Awie di Lokasi Pengambaran Filem Rentaz

Buat pertama kalinya, pelakon & penyanyi Awie telah mengumumkan sesuatu yang belum diumumkannya di lokasi pengambaran filem Rentaz. Budiey pasti beberapa hari lagi korang akan dapat tahu tentang berita ini.

Filem Rentaz adalah filem ke-4 lakonan Awie di bawah arahan Mamat Khalid. Bermula dengan filem Zombie Kampung Pisang sehinggalah Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Usin, Mon & Jin Pakai Toncit, Awie merasakan perjalanan dunia seni lakonannya begitu mencabar. Khususnya, untuk filem Rentaz, Awie rasa sangat stress, intense & thrill apabila melakonkan babak-babak yang mana beliau belum pernah buat sebelum ini. Kesannya, Awie menjadi cepat marah setelah menerima watak seperti ini.

Bagi Awie, naskah Rentaz berbeza dengan karya Mamat Khalid yang lain kerana ia menceritakan tentang soal alam barzakh. Setiap scene ada cabaran & kesukarannya tersendiri. Rentaz bukan filem yang ada unsur hiburan, Rentaz sangat lain. Paling tidak, apabila terlibat dengan filem ada kaitan dengan agama dan sensitiviti masyarakat, tak dapat tidak semua pelakon dan pengarah sendiri perlu berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan.

Awie turut akui banyak scene dalam Rentaz sukar untuk dilakukan kerana ia memerlukan jiwa dan penghayatan yang sangat dalam. Setiap dialog yang dituturkan perlu lahir dari jiwa sebenar dan dari jiwa turun ke hati dan pandangan mata sudah cukup menyakinkan penonton tentang watak sebenar yang dibawakan.

Walau susah macamana pun, Awie tetap berusaha keras melakonkan wataknya dengan baik. Kata Awie, saya mahu belajar, saya mahu genggam api biar jadi bara.

Ya, harapannya memang untuk melihat filem Rentaz ini mendapat impak sekurang-kurang jika seorang penonton berubah atau insaf setelah menonton filem ni pun dah cukup bagi mereka. Filem ini bukanlah satu khutbah untuk memberi pengajaran secara direct, malah tiada satu pun nama Allah disebut dalam filem ini. Namun, Awie mengakui filem ini lebih untuk membuatkan penonton jadi insaf.

Dalam filem yang berkisar tentang perjalanan sekumpulan geng motosikal yang menggelarkan diri mereka Rentaz menuju ke Kuala Lumpur itu, penyanyi Awie akan bergandingan dengan Khir Rahman, Shahz Jaszle, Dazreen, Miera Liyana dan seorang lagi aktres baru bernama Fatin.

Kebanyakan scene membabitkan watak Awie bersama dengan Khir Rahman yang memegang watak syaitan yang menjelmakan dirinya kepada seorang lelaki berjubah hitam yang bijak menyesatkan dan berusaha keras untuk membawa mereka ke neraka. Menurut Awie, beliau sangat selesa dengan gandingan bersama Khir Rahman yang mana pada Awie, pelakon & pengarah Khir Rahman ada keunikan dan kelembutan pada senyum dan kata-katanya yang tersendiri.

Menurut pengarahnya Mamat Khalid, judul asal filem tersebut iaitu Lebuhraya Ke Neraka atau Highway to Hell tapi semasa pengambaran, judul filem terpaksa ditukar kepada Rentaz bagi mengelakkan sebarang pertikaian, kontroversi atau salah faham di kemudian hari. Mamat Khalid merasakan judul Lebuhraya Ke Neraka adalah satu judul yang sangat berat untuk dipikul dan tidak mahu sebarang insiden yang buruk berlaku sepanjang pemgambaran yang melibatkan scenes dan stunt di lebuhraya.

Awie

Awie

Awie

Awie

Awie

Awie

Awie

Awie

Awie

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tawaran Hebat Untuk Jemaah Haji dari Maxis

Rebiu Pelembut Air Spa BB09 dari Coway