in , , ,

Gambar Awal Ashaari & Ulasan Filem DIVA

Mungkin ada yang terkejut atau tak terkejut langsung, kalau saya memberi 4/5 bintang untuk filem Diva. Ini bermakna, Diva menjadi sebuah filem yang boleh dilayan, tangkap lentuk dan enjoy menontonnya di pawagam.

Rendah atau tinggi taste citarasa saya, soalnya itu belakang kira. Cuma saya ingin mengatakan di sini, walaupun ramai yang mengatakan filem ini biasa-biasa sahaja, tetapi saya kira ada beberapa sudut dalam filem ini begitu menarik dan menyerlah.

Pertama, saya begitu suka dengan gaya muzikal dan skor filem ini. Ramai yang tahu pengarah filem ini berasal dari India. Pengaruh Bollywood tidak dapat dipisahkan. Nampak ketara dalam beberapa adegan yang skor muziknya begitu sesuai dan ‘masuk’ dengan skrip. Ini boleh memberikan impak kepada penghayatan penonton itu sendiri. Keduanya, lagu-lagu dalam filem ini ada yang menyentuh perasaan saya.

Lagu Bintang Impianku dari Ning Baizura memang sedap dan bakal meletop. Lagu Angin yang diberi suntikan tradisional ala-ala Indonesia. Lagu Padamkan Ragu dan Menanti Kasih pun tidak kurang catchy dan memang layan habis.

Seperti juga lagu Kasih yang memang syahdu shahdan… nak dengar lagu soundtrack Diva, kenalah beli album runut yang sudah pun berada di pasaran. Isma Yusoof, pelakon Emil Emilda dah pun beli you all! Isma tu kan peminat muzik Bollywood. Hehehehe….

Nota Budiey: Mungkin kalau kita plan untuk buat gathering filem Diva, korang akan dapat goodie bag macam ni. Saya suka topi dan T-shirt dia yang merah menyala tu. Siap dengan bling-bling shining bagai nak rak kat perkataan DIVA. Sah! Sape-sape pakai akan nampak macam Diva. Hahaha… makan hati la Cik Lijah tengok T-shirt merah ni kan? Tapi sesuai ke?

WATAK JAY YANG DIBAWA OLEH AWAL ASHAARI
Jay berusia 20 tahun dan mahir dengan alat muzik tempatan. Merupakan seorang yang cekap dan mahir untuk setiap alat muzik yang diperolehi. Kepandaiannya yang lain ialah dalam mengolah rentak muzik untuk menjadi lebih menarik. Jay amat meminati Siska dan kebolehan dalam bermain alat muzik mengatasi kehebatan IQnya. Dia amat taat pada Arman sehingga membolehkan dia memberontak terhadap Kartika. Karakternya yang tidak ambil peduli dengan imej diri melabelkan dia sebagai seorang yang paling kasual dikalangan rakan-rakannya. Ini juga menyebabkan dia sentiasa terbelakang dari rakan-rakannya yang lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ning Baizura & Kartika dalam Filem DIVA

Foto Selebriti di Gala Nite DIVA THE MOVIE