Budiey rasa, rezeki Awal Ashaari semakin lama semakin mantap. Maintain je. Setiap minggu ada sahaja emcees yang ditawarkan. Rezeki jangan ditolak. Dan cakap pasal rezeki ni, baru-baru ini Awal juga telah sibuk untuk berpindah. Bukan Awal sebenarnya, tapi ibu bapa dia. Kalau sebelum ini, Awal akan pulang ke kampungnya iaitu di Kg Baru tapi sekarang tak lagi sebab dengarnya rumah ibu bapa Awal dah pun berpindah di rumah yang lebih selesa di Subang Jaya. Kalau tak silap la.
Dengarnya, rumah asal Awal di Kg Baru tu dah banyak kali dimasuki pencuri. Mungkin orang dah tahu itu rumah Awal, jadi lagi keraplah pencuri singgah pilih barang. Tapi sekarang alhamdulilah, dengan rezeki dan ekonomi dah stabil, Awal dapat memberikan keselesaan untuk ibu bapa sebagai membalas jasa ibu bapanya.
Baru-baru ini, pada 7 Ogos 2010, Budiey ada bertemu dengan Awal Ashaari di The Big F&N Fest yang diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pesta ini diadakan dari jam 2 petang hingga jam 9 malam. Event ini merupakan satu perhimpunan remaja yang dianjurkan oleh produk minuman terkenal, F&N. Banyak program dan aktiviti diadakan seperti persembahan pentas, mencipta customised T-shirt, permainan dam seramai 1,000 orang akan melakar sejarah untuk mencipta human smiley visible dari langit.
Persembahan Rock Out dari Pesawat, Bittersweet, Hujan, Tilu, Yuna, Najwa dan Liyana Fizi telah menghangatkan lagi pentas.
Awal Ashaari bukannya dilantik sebagai duta tapi hanyalah sebagai hos untuk persembahan pentas utama. Digandingkan bersama dengan hos wanita dari Singapura.