Hadir bersama dengan ibunya Salamiah Hassan, penyanyi bersuara lunak, Atilia telah menyerikan lagi Pelancaran produk terbaru ZO Skin Health di Metrojaya Mid Valley. Diadakan serba ringkas tapi majlis pada petang itu bagi Budiey penuh dengan informasi terutamanya dalam penjagaan kulit yang telah diterangkan oleh Dr Zein Obagi, pakar kulit atau dermatologist dari Beverly Hills.
Ke mana sahaja sentiasa bersama bagaikan sahabat setia, itulah Atilia dan ibu kesayangan yang juga seorang penyanyi dan selebriti yang tidak asing dalam industri seni.
Walaupun dah berusia, namun penampilan Salamiah Hassan begitu elegan dan mengikut peredaran zaman. Begitu urban dan savvy juga. Mungkin ramai yang tak sangka, ibu penyanyi lagu Sangkar ini mempunyai Facebook!
Atilia sedang menerangkan kesan setelah menggunakan produk ZO.
Sentiasa mesra dan mengukir senyuman
Salamiah Hassan
Menurut Atilia, beliau dan ibunya punya banyak persamaan dan segala rasa kehidupan dikongsi bersama dalam setiap perbualan mereka seperti dalam soal berpakaian, menonton filem dan muzik.
Terbaru, pada bulan Jun nanti, impian Atilia untuk berduet dengan ibunya dalam album terkini tertunai sudah. Tajuk lagi duet tu ialah Gelombang dan sudah tentu berentak jazz.
Dengan belajar dari sifunya, Roslan Aziz, Atilia ingin menerbitkan album sendiri. Sebanyak 11 buah lagu bakal dimuatkan dalam album terbarunya yang berganding dengan grup dari Indonesia, Maliq & D’Essentials dalam lagu Harus Bagaimana. Selain itu, ada lagu Old Love dan Leka dari ‘P. Ramlee The Musical’. Yang membanggakan 5 darinya dihasilkan oleh Atilia sendiri.
Pemilihan kedua selebriti ini untuk ujian dan trial produk dari Dr Zein Obagi ini begitu bersesuaian lantaran perbezaan umur dan perubahan kulit. Ternyata, selepas menggunakan produk ini kedua selebriti ini berpuas hati dengan kesan yang begitu menyerlahkan keanjalan kulit mereka.
Kini, produk ZO Skin Health boleh didapati di Pavillion Bukit Bintang dan Metrojaya, Mid Valley. Budiey juga telah dihadiahkan produk ini untuk dicuba. Tengoklah nanti bagaimana kesannya!
Atilia & ibunya bersama dengan Dr Zein Obagi.