in

Gambar Ashraf Muslim Pegang Watak Mak Nyah @ Teater Patung Kertas

Teater Muzikal Patung Kertas sudah pun tamat. Semalam, selepas pulang dari majlis pelancaran Set Mandalay Rubies RM3.8 juta anjuran Rafflesia, Budiey sempat singgah sekejap untuk mengucapkan selamat tinggal untuk semua pelakon dan krew. Diharapkan, ini bukan noktah terakhir buat kalian kerana katanya roadtour ke seluruh negeri sedang dirancang.

Budiey sempat ambil gambar Ashraf Muslim yang memegang watak Adik Cu dalam kostum Mak Nyah. Memang cantik la rupa si Ashraf nih kalau drag dan disolek macam nih. Huhu, kalau terserempak kat Jalan Chow Kit ni sah-sah Budiey tak kenal ko, Ashraf!

Harap ko tak marah aku letak gambar ko kat sini! Kalau ko tak kasi, sila SMS aku lah! Sah-sah sekarang ni ko tengah berlakon di lokasi drama Dari Air Mata Arisa. Jadi, aku tak nak kacau lah.

“Chanteq ke mak, uols?”

 

 

Ni dia Lokman Ghani yang juga bapa saudara Ashraf Muslim bersama lukisan karikaturnya yang tengah drag ala-ala ratu miss world.

Sebenarnya Budiey sangat bangga dengan mutu lakonan Ashraf Muslim yang berjaya membawa watak seorang Mak Nyah dengan baik dan cemerlang. Lakonan Ashraf Muslim diberi markah A oleh pengarah teater ini, Lokman Ghani. Graf dan mutu lakonan Ashraf menaik dari malam pertama hingga malam terakhir. Syabas Ashraf! Aku akan sentiasa sokong ko! Good luck, dude!

Sebagaimana malam-malam sebelumnya, ada sesi autograf dan penonton boleh bermesra sambil merakan gambar kenangan bersama pelakon.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambutan Anniversary TV9 Ke-2 @ Foyer Sri Pentas TV3

Gambar Suprise Hari Jadi Ziana Zain @ Hotel Le Meridien Kuala Lumpur