Semalam telah pun berlangsung Party E! Brand Refresh Asia di Vertigo Club, The Gardens, Mid Valley City yang bermula jam 8 malam. Dihadiri oleh ramai artis dan selebriti terkenal, party ini diadakan sempena dengan penjenamaan semula saluran terkenal di Astro iaitu saluran E! Entertainment yang kini memperkenalkan tagline terbaru mereka E! Pop of Culture.
Ash Nair merupakan penyanyi alternatif yang dulunya pernah menyertai Malaysian Idol musim kedua. Bergaya kasual dengan baju T putih dan jaket hitam serta seluar khakis warna kuning terang.