in

Gambar Arrora Salwa di Rakaman Mentor Raya 2011

Lama giler sebenarnya tak jumpa dengan pelantun suara lagu Ahmad – Arrora Salwa atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak. Tak pasti bila last kitorang jumpa, rasanya masa Party Ulangtahun Budiey.com yang lepas kot. Ntah, bagi korang, itu tak kisah la kan. Ada korang kisah hahaha.

Tak pe, semalam Budiey sempat bertemu dengan Arrora Salwa. Macam dulu juga, Arrora ni memang mesra dan lemah lembut. Cantek banget dia ni sebenarnya. Camnalah dia maintain langsing macam tu yek.

Tapi kesian juga bila dengar cerita dari mulut Arrora sendiri yang dia tak delah banyak sangat terima tawaran untuk menghiburkan peminat. Rasanya lagu Ahmad dah cukup popular gak la. Dan yang penting, ramai yang bercakap lagu ni kat FB dan Twitter malah, Budiey terima banyak juga komen di Youtube. Apa-apa je la korang ni, komen baik ke komen mulut laser takde insuran ke, yang penting kata Arrora dia tak kisah apa orang nak kata apa tentang lagu Ahmad tu.

Semalam, Arrora Salwa adalah mangsa pertama Budiey untuk berposing di depan kamera. Layaannnzzz!

Arrora Salwa

Arrora Salwa

Arrora Salwa

DEMI cintanya terhadap bidang nyanyian, penyanyi Arrora Salwa atau nama sebenar Salwa Md. Razak,27, nekad meninggalkan kerjaya beruniform sebagai seorang anggota polis yang menjanjikan pendapatan tetap buatnya. Berkhidmat selama tujuh tahun sebagai anggota polis atas permintaan keluarga, Arrora mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kerjaya nyanyian.

Sewaktu memegang jawatan Lans Koperal, penyanyi berzodiak Cancer ini turut menyertai kombo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan terlibat dengan pelbagai persembahan sepanjang bertugas.

“Saya rasa cukup selama tujuh tahun saya berkhidmat sebagai anggota polis dan sekarang masa untuk saya mengikut kata hati saya dan mengejar cita-cita sebagai penyanyi. Saya tahu kerjaya nyanyian tidak menjamin ganjaran lumayan atau pendapat yang stabil, tapi saya ambil risiko itu sebagai cabaran,” jelasnya.

Biarpun masih hijau dalam dunia hiburan, nama Arrora dilihat sedang meniti di bibir-bibir peminat melalui ‘single’ pertamanya berjudul Ahmad. Ketika ditanya tentang jejaka bernama Ahmad, Arrora hanya tersenyum dan berkata ia sekadar lagu yang dilontarkan di hadapan pendengar.

“Nama Ahmad tiada kena mengena dalam orang istimewa dalam hidup saya, ia diambil sebagai simbolik nama lelaki yang selalu digunakan dalam masyarakat Melayu. Lagu ini berentak seperti muzik Indonesia kerana ia dicipta oleh komposer negara tersebut iaitu Panji Sakti yang sebelum ini menghasilkan lagu hit Sayang-Sayang dan Jangan Nakal,” katanya.

Berpeluang merakamkan lagu tersebut, Aurora berkata lirik Ahmad mudah untuk diingati apabila pertama kali mendengarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Prebiu Media Filem Karipap Karipap Cinta

Gambar Nieyl Mentor di Rakaman Melodi Raya 2011