in

Gambar Aril Cium Qhaud Cetus Kontroversi

Lambang kemesraan dan keakraban satu persahabatan boleh dijelmakan dalam banyak ekspresi. Terserah pada individu untuk mentafsirkan dan mengekspresikan rasa kasih sayang itu.

Gambar ini tersiar di Portal Murai semalam dan dari situ banyak sekali spekulasi yang timbul.

Ia membabitkan aksi ‘ciuman mesra’ pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7), Aril, di kepala rakannya, Qhaud. Aksi itu dirakamkan selepas sidang media pengumuman 20 calon pelajar AF7, di ibu negara, baru-baru ini.

Jurufoto Astro, Mazlan Yunos menjelaskan, aksi spontan dan lucu berlaku selepas dia meminta kesemua pelajar AF7 menunjukkan posing yang bertemakan ‘Keakraban Seorang Sahabat’.

“Jadi pada acara itu, mereka perlu mendapatkan seorang kawan untuk berposing dengan tema itu. Tahu sajalah, Aril itu memang seorang yang ‘gila-gila’. Jadi dia secara berseloroh telah mencium kepala Ghaud dan itulah jadinya. Janganlah ada yang memandang serong dan berfikir bukan-bukan kerana di situ ada ramai saksi dan pelajar lain.”

Sementara itu, abang Aril, penyanyi lagu Kembali Senyum Izwan Pilus ada buat pendedahan tentang adiknya:

“Kalau nak tahu, jiwa Aril lebih seni dari saya. Dia ni memang mempunyai bakat seni yang dashyat. Boleh dikatakan segala macam bidang seni dia dah cuba. Dia pandai buat seni grafik, pandai main alat muzik dan handal gila dalam bab tarian shuffle.

Bagi saya suaranya unik – tidak sama dengan saya.

Aril memang banyak kenalan dengan orang industri. Komposer terkenal Arab pernah tawarkannya untuk jadi artis rakaman. Tapi atas sebab tertentu, semua tak jadi. Aril juga baik dan rapat dengan komposer Ross Ariffin. Yang penting, ramai orang tertarik tengok bakat Aril. Dia pun baik dengan Faizal Tahir.

Saya rasa Aril kena lebih versatile. Genre lagu nyanyiannya terlalu terhad. Kalau nak tahu, lagu Saleem memang jadi makanannya. Dia suka ambil remeh dengan banyak perkara. Saya selalu menegur dan menasihatinya. Tapi Aril ni sebenarnya garang dan tegas orangnya.

Dia minat gila nak jadi pelakon. Tapi saya selalu cakap dengan dia, kalau nak sesuatu usaha sendiri. Saya tak mahu dia buat jalan mudah atau tumpang nama abangnya. Saya tahu dia boleh pergi jauh sendiri. Dia kena rajin berusaha.

Pernah dulu, orang caci saya dalam satu forum. Aril dengan berani mengaku dia adik saya dan pertahan segala tohmahan terhadap saya.” [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Belia Malaysia Cintakan Kedamaian di Dataran Remaja Malam Ini

Peraduan Jom Menonton Filem The International