Bagi pelakon dan model jelita, Zahnita Hussein Wilson, bergelar isteri dan ibu dalam usia 22 tahun bukanlah satu masalah besar buatnya. Malah itulah kebahagian sebenar.
“Saya rasa, saya sudah cukup enjoy sebelum ini. Sejak berkahwin dua tahun setengah dulu, saya rasa gembira dengan hidup saya dan lebih seronok bila mendapat zuriat sendiri. Tidak pernah saya rasa menyesal berkahwin awal. Saya sebenarnya rasa cukup bertuah kerana dapat lakukan semua ini pada peringkat usia yang muda. Adanya Zahra dan suami, Zackery Ghouse memang benar-benar membuatkan hidup saya lebih teratur dan secara tidak langsung buatkan diri saya lebih matang.”
Gambar anak Zahnita yang bernama Zahra.