Sorry guys, hari ini banyak sangat events. Sampai Budiey tak sempat nak pergi ke Majlis Ziana Zain Memperkenalkan Kembarnya yang diadakan di Hotel Cititel pada jam 3 petang tadi.
Ini kerana pada jam 9 pagi, Budiey telah dijemput untuk menghadiri rakaman Finale The Biggest Loser Asia yang diadakan di Finas, Ulu Klang, Ampang. Kat situ, Budiey dah habiskan masa selama 7 jam! Al-maklumlah, namanya pun dah rakaman, jadi ada yang tak betul aje, terus kena ulang balik, ada yang tersilap sikit kena rakam balik. Makan masa yang agak lama. Tapi sebab Budiey minat sangat dengan program realiti TV ni, memang tak rasa bosan dan jemu. Sangat dramatik, dan untuk peminat yang lain, jangan lupa untuk tonton siaran tertunda malam ini pada jam 9 malam di saluran Hallmark.
Siapa agak-agak yang akan jadi pemenang pertama The Biggest Loser Asia?
Budiey tak boleh kasi tau sekarang sebab nanti spoiler pulak. Dan kami dah pun diberi amaran jangan memberitahu apa-apa langsung tentang apa yang berlaku dalam rakaman finale pagi tadi.
Dan petang ini, selain majlis Ziana Zain sebagai duta Slim World Beauty House, Astro juga turut mengadakan majlis memperkenalkan pelajar terbaru Akademi Fantasia 8 di Sunway. Dan event ni pun akan terlepas jugak.
Jadi, Budiey nak kasi kredit untuk Portal Murai di mana telah pun menyiarkan gambar terbaru anak kembar Ziana Zain iaitu Muhammad Ariel Armin Zharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin.
Penyanyi popular Ziana Zain, 42, memangku sepasang anak kembarnya Muhammad Ariel Armin Zharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin yang sudah memasuki usia 8 bulan ketika ditemui pihak media pada majlis sidang media sempena pembabitannya sebagai jurucakap produk rawatan pelangsing badan, Slim World Beauty House, di Hotel Citytel di sini, petang tadi.
Dalam pertemuan penuh ringkas itu, Ziana serta bayi kembarnya telah menyarungkan pakaian rekaan Rizman Ruzaimi, telah berkongsi rahsia yang telah disimpannya sejak melahirkan 2 bayi kembar comel berkenaan.