in

Gambar Anak Kembar Ziana Zain

PETALING JAYA: Penyanyi Ziana Zain selamat melahirkan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, sekitar pukul 10 pagi tadi. Pengurus Ziana, Lisa Aryanti Tahir memberitahu mStar Online yang Ziana Zain telah melahirkan anak kembarnya secara pembedahan (caesarian).

Kata Lisa, “Menurut kata doktor, Ziana sepatutnya melahirkan anaknya pada pertengahan Ogos tetapi terpaksa diawalkan kerana Ziana mengalami tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun, kedua-dua anak Ziana sihat. Anak pertama adalah bayi lelaki yang beratnya 2.1kg dan yang kedua perempuan, 1.7 kg.”

Lisa berkata, suami dan keluarga Ziana berada di sampingnya ketika pembedahan itu. Kebetulan suaminya, Armin sedang bercuti. Ketika ditanya, adakah Ziana bersedia menunjukkan wajah bayinya kepada umum, Lisa berkata:

“Ziana seorang yang cukup berdisiplin. Gambar baby tidak akan ditunjukkan bawa masa ini. Hanya apabila dia sudah bersedia, barulah dia akan tunjukkan babynya. Dan Ziana akan berpantang 100 hari. Selagi dia belum habis pantang, dia tidak akan tunjuk muka pada media.”

Kata Lisa, Kak Ziana kemungkinan besar tidak akan mengandung lagi memandangkan usianya sudah 41 tahun.

“Ziana juga belum memikirkan nama anak kedua kembarnya.” [sumber]

Ini pula dipetik dari harian metro:

PENYANYI pujaan ramai, Siti Roziana Zain (Ziana Zain), 41, selamat melahirkan sepasang bayi kembar (lelaki dan perempuan) tepat jam 10 pagi, semalam, di sebuah hospital swasta, di Shah Alam.

Pengurus Ziana, Lisa Aryanti Tahir berkata, bayi yang belum diberi nama itu, dilahirkan melalui pembedahan dan berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, melalui informasi yang diberikan suami Ziana (Armin Zaharin) ibu dan anak-anak berada dalam keadaan stabil dan sihat. Cuma Ziana masih lagi berehat kerana baru saja menjalani pembedahan. Bayi lelakinya seberat 2.1 kilogram manakala perempuan (1.7 kilogram).  Saya sendiri belum sempat melawatnya kerana ingin memberi laluan kepada keluarga kedua-dua belah pihak melawat dan meraikan hari cukup bermakna ini,” katanya.

Lisa menambah, Ziana sepatutnya bersalin pertengahan bulan Ogos tetapi tekanan darahnya sering tidak menentu sepanjang proses kehamilan kali ini.

“Sewaktu mengandung anak sulung, Aiman dan kedua, Ammar, dia tidak pernah mempunyai masalah itu. Justeru, semalam (Rabu) Ziana masukkan ke hospital dan doktor yang memeriksa keadaannya memaklumkan, penyanyi itu boleh melahirkan anaknya jika mahu. Tambahan pula keadaan bayi juga sihat. Mujurlah suaminya yang baru pulang dari Paris minggu lalu, sedang bercuti dan berada di sisi Ziana ketika ini,” katanya.

Apapun kata Lisa, sebagaimana sedia dimaklumkan sebelum ini, sebarang fotografi tidak dibenarkan buat masa ini dan dia sendiri berusaha untuk mengedarkan gambar bayi mereka itu kepada media demi berlaku adil pada semua.

Ziana yang melonjak menerusi lagu Madah Berhelah dan Anggapanmu selain dikenali sebagai pelakon berbakat besar, mendirikan rumah tangga dengan ketua Pramugara Sistem Penerbangan Malaysia, Armin Zaharin pada 2 Mei 1998.

Sebelum kehadiran pasangan kembar itu, pasangan ini terlebih dulu dikurniakan dua cahaya mata lelaki Muhammad Aiman, 8, dan Muhammad Ammar, 5. Kelahiran kembar ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ibu Ziana sendiri adalah pasangan kembar tetapi mereka kembar seiras. Istimewanya, bayi yang baru dilahirkan ini kembar sepasang.

“Sebagai teman yang rapat dengan Ziana, saya anggap bayi ini rezeki buat Armin (suami Ziana). Sebabnya, setiap kali berbual pasal anak, dia selalu cakap dia mahukan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan. Apa yang dihajatkan nampaknya dimakbulkan Yang Maha Esa. Lebih istimewa, mengikut kalendar Islam bayi kembar itu lahir pada 1 Syaaban dan kebetulan abang mereka, Amar juga lahir pada bulan sama,” katanya.

Gambar anak kembar Ziana Zain tidak dapat disiarkan lagi sebab tidak mendapat keizinan daripada Ziana Zain. Agak-agak, apakah nama sesuai untuk anak kembar Ziana Zain ini?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Quotes of The Day: “Cukuplah Menghukum Waheeda” – Akhil Hayy

Wana My Starz LG Lancar Album Pertama