Pada jam 3 petang, 30 Mac 2009, sidang media telah diadakan oleh suami Erra Fazira di lobi Damansara Specialist Center. Namun, para media tidak dapat merakamkan gambar bayi perempuan Erra Fazira yang lahir pada 11.40 pagi atas alasan tidak mahu menganggu privasi bayi.Â
Gambar bayi dapat diambil masa majlis aqiqah dan cukur jambul yang akan diadakan selepas Erra habis pantang. Erra dan Aleesya akan berada di hospital dalam tempoh dua hari ini dan dijaga oleh ibunya dan ibu Emran dalam masa dua bulan ini di kediaman mereka. Kelahiran Aleesya disambut oleh Konsultan Obstetrician & Gynaecologist Dr. Gunasegaran PT Rajan yang dipilih oleh Erra sendiri.
“Agak sulit juga untuk saya membenarkan pihak media merakamkan gambar Aleesya hari ini kerana doktor juga menasihatkan kami supaya tidak menganggu keadaan bayi demi menjaga privasinya yang masih kecil.”
Apakah perasaan apabila dah bergelar bapa?
“Saya rasa seperti ajaib lebih-lebih lagi apabila melihat satu nyawa dilahirkan di depan mata. Syukur, Erra dipermudahkan untuk bersalinkan Aleesya dengan mengambil masa kira-kira 20 minit.”
Sebelum ini, Emran pernah bernazar untuk memotong rambut pendek selepas Erra selamat melahirkan bayi sulungnya itu. Jadi, dia akan membayar nazarnya itu pada hari ini.
Bagaimana pula dengan tawaran produser David Teo yang mahu mengambil anak Erra dan Emran berlakon dalam sekuel drama lakonan Erra, Mertua Vs Menantu yang sedang disiarkan di Astro Prima untuk musim akan datang?
“Saya rasa tak sesuai jika dedahkan Aleesya kerana dia masih kecil. Saya minta produksi supaya mencari bayi lain. Kalau boleh saya juga tidak menggalakkan anak untuk menceburi dunia seni ini. Biarlah ibunya sahaja yang menjadi artis kerana industri seni ini bukannya manis sepanjang masa. Banyak kerja lain lagi yang dia boleh terokai. Selebihnya saya serahkan kepada mak dia untuk nasihatkan. Mana tau Aleesya akan bergelar seorang pemain golf yang berjaya kerana ibunya suka bermain golf sewaktu hamil.”
Menurut Emran, Erra dijangka akan berehat selama dua bulan daripada karier seninya. [sumber]