Budiey baru je balik dari Istana Budaya. Ada majlis berhari raya dengan semua pelakon juga penaja teater muzikal GAMAT arahan Zaifri Husin. Masa Budiey sampai pada jam 3.30 petang, Budiey dah nampak kelibat pelakon utamanya iaitu Natasha Hudson dan juga Amy Mastura bersama dengan anak bongsunya, Adalia. Comelnya anak Amy… secomel mak dia jugak la ek. Orang kata, adorable & soooo cute~!
Budiey rasa mesti ramai peminat Amy Mastura yang berlumba-lumba nak tengok penyanyi ini berlakon teater. Jadi, cepat-cepatlah beli tiket. Teater ini akan dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 4 hingga 8 Oktober dan 11 hingga 12 Oktober 2009.
Seingat Budiey, ini adalah kali kedua Amy Mastura memijak pentas teater. Kali pertama pada 8 tahun lalu, masa Amy mengandung anak pertama, Adriana di teater kanak-kanak Siti Di Alam Fantasi.
Dalam teater muzikal GAMAT ini, Amy Mastura akan jadi ibu Gamat yang kiranya dapat mengubati hidupan laut yang lain dengan khasiat penawar yang ada padanya.
Yang penting, anak bongsu Amy iaitu Adalia yang berusia 4 tahun turut sama berlakon. Juga Budiey difahamkan anak kepada pengurus Amy Mastura pun berlakon sama. Nasib baik tak usung sekali dengan pengurusnya berlakon. Adalia ni tak sama dengan kakaknya, Adriana yang memang tak suka dengan teater dan bercampur gaul dengan budak-budak sebab Adriana ni suka duk rumah aje.
Teater muzikal Gamat terbitan CTRA Production dan Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) turut dijayakan Zuhairi Ibrahim, Muhammad Aidil Solehin Marhalim, Natasha Hudson, Ava Vaanja, Mazlan Mokhtar (Anak Wayang) , Anith Aqilath (OIAM), Zulaidil Zainal Abidin serta Muhammad Syamsul Idzham Mohd Yunus.
Cute~