in

Gambar Aishwarya Rai di Pelancaran Butik Jam Longines

Siapa yang tak kenal Aishwarya Rai? Pelakon jelita yang dinobatkan di antara wanita tercantik di dunia. Bukan sekadar meniti di bibir peminat filem Bollywood, malah Aishwarya memang gah sebagai artis antarabangsa di persada dunia.

aishwarya rai interview05-001

Baru-baru ini Aishwarya melakukan kunjungan singkatnya ke Malaysia sempena pelancaran butik produk jam berjenama terkemuka, Longines dan rancangan temubual wanita ntv7 – Bella – berjaya mendapatkan liputan eksklusif daripada beliau. Mengemudi temubual yang bakal membawa sisi lain ke dalam hidup peribadi Aishwarya Rai adalah Daphne Iking.

[pullquote align=”right”]Aishwarya Rai berkongsi kisah hidup dan isu yang dekat di hatinya bersama Daphne Iking dalam rancangan Bella[/pullquote]

Pelakon berusia 39 tahun yang juga sudah berstatus ibu itu juga bakal mencurahkan pandangannya mengenai HIV dan isu rogol yang hangat diperkatakan di India. Beliau juga bakal bercerita mengenai yayasan yang ditubuhkannya (Aishwarya Rai Foundation) dan kisah bayi perempuannya yang kini berusia 18 bulan, Aaradhya Bachchan yang begitu bermakna baginya.

Saksikan temubual eksklusif ini di rancangan Bella di Saluran Ceria Anda, ntv7 pada 18 Jun 2013 (Selasa), jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari bersama hos anda, Daphne Iking.

Memberikan ruang dalam berkongsi isu berkaitan wanita, rancangan temubual Bella merupakan rancangan siaran langsung selama sejam yang bersiaran lima hari setiap minggu pada Ahad (1.30 petang hingga 2.30 petang) dan setiap hari Isnin hingga Khamis (11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari). Rancangan Bella juga menampilkan tiga orang pengacara – Daphne Iking, Elaine Daly dan Vanessa Chong.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bella, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 menerusi akaun Facebook dan Twitter.

aishwarya rai interview08

aishwarya rai interview07

aishwarya rai interview06

aishwarya rai interview05

aishwarya rai interview04

aishwarya rai interview03

aishwarya rai interview02

aishwarya rai interview01

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Dampak Bakal Ditayangkan Pada 19 September 2013

Teater sudirMANIA Beri Hargai Allahyarham Datuk Sudirman