Artis yang dicungkil dari program realiti Akademi Fantasia musim ke-lapan ini sebenarnya ada kelompok peminatnya yang tersendiri. Walaupun kemunculan artis baru semakin ramai, namun Adira masih bertahan. Adira akui persaingan dunia nyanyian sengit, dari masa ke semasa akan ada pendatang baru dan sebagai penyanyi, beliau harus sahut cabaran. Bagi Adira, muzik itu sebagai subjektif dan penerimaan orang berbeza-beza.
Adira sangat sukakan lagu-lagu nyanyian Jaclyn Victor, Dato’ Siti Nurhaliza, Hafiz dan Azlan & The Typewriter. Adira memberitahu dia mahu sangat untuk merakam lagu duet bersama Jaclyn Victor.
“Jac adalah penyanyi pujaan saya, suaranya hebat. Saya cukup mengagumi dia.”
– Adira
Hujung tahun lalu, Adira telah melancarkan produk kecantikannya sendiri yang dinamakan Adira Beauty Signature. Sabun yang boleh dibeli secara online ini telah mendapat sambutan dan respon yang memuaskan dari pelanggan. Adira akui dia tidaklah hebat dalam hal berkaitan menghasilkan produk kecantikan tapi dia bersyukur kerana saya punya orang berpengalaman yang membantu saya.
Dalam artikel EH! ini juga, pengarang juga telah mencungkil kisah Adira yang dilabelkan sebagai playgirl. Ada yang kata, Adira tidak dapat hidup tanpa cinta. Jika putus cinta, terus dapat cinta yang baru. Pendek kata, Adira perlu ada teman lelaki dalam hidupnya. Betulkah dakwaan tersebut?
Untuk bacaan lanjut, jangan lupa untuk mendapatkan majalah EH keluaran Mac sekarang!