Penyanyi Adira menerima sorakan gemuruh semasa melintasi karpet merah AIM19 yang berlangsung sebentar tadi. Gaun hitam yang cukup elegan sesuai dengan tema AIM19 kali ini. Glitter dan nampak glamor.
Busana ini direka oleh pereka Erid Amaro. Pertama kali Budiey dengar nama pereka ni.
Adira ni, dahlah dia ni berkulit putih melapak cerah dan gebu, pakai pula busana hitam macam nih, bertambahlah naik seri nya. Tak gitu?
Seawal Budiey siarkan entri gambar Adira ini di media sosial, ramai yang mengatakan Adira nampak comel dengan fesyen ini. Bak seorang puteri malaya, kata mereka. Tapi Budiey tengok macam anak patung Barbie pun ada.
[pullquote align=”right”]Adira persis Cinderella. Cute & Sweet.[/pullquote]
Adira pernah perform di Party Ulangtahun Budiey.com yang ke-5 dan mungkin Budiey akan menjemput Adira lagi di PartyBudiey pada bulan Januari nanti. Itu pun kalau Adira sudi.
Gambar Adira di Karpet Merah Anugerah Industri Muzik 19
Ini dia gambar pereka fesyen Adira ni, Erid Amaro. Pereka muda dan baru.