Gambar AC Mizal ini, Budiey ambil masa menghadiri sidang media dan prebiu drama-drama terbaru di Megadrama di GSC Signature, The Garden, Mid Valley. Sekarang orang tengah hangat bercerita tentang kes tuntutan nafkah termasuk tunggakan oleh isteri dan hak penjagaan anak oleh beliau sendiri. Sehinggakan isu ini beberapa kali difokuskan dan menjadi berita hangat dalam Melodi di TV3. Letih Michelle gi terjah dan kedua belah pihak telah memberikan hujahan dan alasan.
Shafnie kata AC tidak membayar nafkah kedua-dua anak berjumlah RM200 sebulan menyebabkan tunggakan sebanyak RM50 ribu. AC pula menafikan pernah mengabaikan kedua-dua anaknya, malah sempat ditunjukkan resit-resit deposit duit dan buku bank simpanan yang tercatat jumlah RM8 ribu lebih. Tapi yang Cik Andalusia hairan, kenapa satu deposit saja yang dibuat? Ditambah pula, Shafnie kini meminta nafkah sebanyak RM3,700 sebulan untuk kedua-dua anaknya sesuai dengan kemampuan AC sekarang.
Shafnie juga mendakwa AC tidak pernah menghubungi anak-anaknya walaupun tahu dimana mereka berada. AC pula berkata bagaimana dia nak hubungi kerana selepas Shafnie kahwin kali kedua, dia tinggal ditempat lain. Selepas bercerai, lagi lah dia tidak tahu bekas isterinya duduk dimana. Balas Shafnie, bahkan keluarga AC masih menghubunginya kenapa tidak dia. – GUA
Semoga isu dan masalah yang timbul ini dapat diselesaikan dengan baik.
Hos AF, AC siap berhujah dalam Facebooknya
Apa-apa pun keputusan, anak jangan diabaikan
Kami bahagia dan be good, okay