Kita telah lihat pelbagai teknologi yang dilakukan jenama lain seperti kamera pop-out atau infinity-o pada Galaxy Z Fold 2. Oleh itu, Samsung merasakan kamera yang terbina di dalam skrin adalah satu teknologi yang perlu dilakukan.
Laporan daripada media Korea Selatan menyatakan Samsung akan perkenalkan Galaxy Z Fold baharu dengan kamera terbina di dalam skrin.
Dengan teknologi ini, pengalaman menggunakan telefon akan jadi lebih sempurna kerana tiada takuk pada skrin. ZTE sebelum ini telah perlihatkan bagaimana ia berfungsi pada telefon Axon 20 5G.
Tambahan lagi, Samsung Display akan membuat panel yang diperlukan sementara kamera akan dibuat oleh bahagian LSI Sistem Samsung.
Mereka juga turut berusaha untuk meningkatkan kualiti gambar yang dihasilkan menerusi teknologi ini nanti dengan mengembangkan algoritma pembetulan imej.
Walau bagaimanapun, belum ada kepastian lagi bila Samsung akan umum telefon dengan teknologi ini memandangkan Galaxy Z Fold 2 baru sahaja dilancarkan tahun ini.
Sumber: sammobile