Astro Ria sekali lagi menampilkan Yuna, artis Malaysia yang bertaraf antarabangsa dalam sebuah program hiburan berbentuk dokumentari kembara yang berjudul Galaxy Wonderland. Budiey dah tonton episod pertama, memang ohsem gak tengok kembara travelog Yuna. Korang pulak macamana?
Dalam program tajaan Samsung ini, penonton diajak untuk melihat sendiri perjalanan Yuna dalam kariernya. Ia bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam sejak 19 Disember lalu secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria di 104.
Pada 20 Disember yang lalu, Budiey telah berpeluang menembual Yuna, duta Samsung Galaxy Note II secara eksklusif di satu sesi temubual anjuran Samsung di Hotel Traders, Kuala Lumpur.
Setelah menang Anugerah Video Muzik Terbaik menerusi lagu ‘Sparkle’ di Anugerah Industri Muzik 19, Yuna menyambung legasi kerjasamanya dengan Samsung untuk projek keduanya yang diberi nama Galaxy Wonderland. Pemilihan Yuna untuk projek ini dikatakan sesuai kerana Yuna seorang penyanyi yang unik dan mempunyai perjalanan seni yang penuh inspirasi.
[pullquote]Cerita menarik rakyat Malaysia akan diabadikan dalam muzik video yang menampilkan lagu baru Yuna dan diterbitkan menggunakan Galaxy Note II.[/pullquote]
Galaxy Wonderland merupakan satu platform buat rakyat Malaysia untuk berkongsi idea mereka mengenai keunikan Malaysia dan inspirasi mereka ini. Semua sumbangan idea ini akan digunakan Yuna untuk menghasilkan lagu terbarunya. Untuk projek ini, Yuna bersama dengan AG Coco berkolaborasi dengan Quek Shio Chuan dan Eric sekali lagi yang akan mencurahkan kreativiti dari segi visual dan grafik dalam muzik video ini.
“Setakat ini kira-kira 3000 hingga ke 4000 penyertaan yang telah dihantar kepada kami, dan AG sudah pun memulakan produksi muzik. Kami terima pelbagai melodi dan lagu yang menarik dan ada di antaranya menjadi inspirasi kepada saya,”
Kali ini Yuna mahu muzik videonya itu memaparkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia. Kalau korang yang biasa tengok filem pendek atau selalu tengok filem indie ni, mesti kenal dengan Quek ni sebab dia ni kira antara genius dalam bidang visual filem. Terbaru, dia dah menang dalam BMW Shorties in 2011 dan menjadi pembikin filem pertama di Asia yang mendapat gelaran anugerah Best Film Award di Alto Vicentino Film Festival yang diadakan Santorso, Italy. Dahsyat jugak Quek ni.
Umum tahu telefon bimbit Samsung Galaxy Note II ini ada banyak kegunaan untuk mencoret segala idea dengan hanya menggunakan S Pen. Anda boleh melakar, melukis, menulis dan mencoret beberapa idea yang mungkin boleh digunakan semasa pembikinan konsep lagu Yuna ini. Bagi Budiey yang dah menggunakan telefon bimbit ini selama 4 bulan lalu, Budiey kira ia satu gajet yang wajib dimiliki oleh semua orang yang suka dengan seni dan dunia kreatif.
Pemenang yang dipilih sendiri oleh Yuna dan Samsung akan mendapat sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy Note II. Haha, menarik tak?
Tarikh tutup peraduan ini akan tamat pada 31 Januari 2013. So, ada masa la sikit ni kan?
Setakat ini, lebih 3,000 penyertaan telah diterima dan akan meningkat dari masa ke semasa. Yuna akan memilih beberapa idea peminat yang kreatif untuk mencipta lagu terbaru. Kiranya, inspirasi dan idea orang ramai tentang keunikan dan keindahan Malaysia akan memberi inspirasi kepada Yuna untuk menghasilkan lagu itu. Lagu dan muzik video kali ini merupakan projek yang menunjukkan Malaysia di mata dunia dengan menggabungkan elemen-elemen budaya dari negara Indonesia dan Singapura yang merupakan negara-negara jiran dan nusantara.
Yuna sedaya mungkin akan buat lagu yang lebih fresh dan berbeza dengan lagu sebelum ini (semestinyalah kan?) dan yang penting, semua orang akan enjoy dengan lagu tu.
“Bila dah cukup idea, saya akan mula menulis lirik dan melodi manakala AG Coco akan menggubah lagu ini. Mengikut perancangan, idea asal saya nak buat lagu ini dalam Bahasa Melayu dan Inggeris manakala AG akan lengkapkan ia dengan elemen muzik Pop Elektronik. Apa pun, saya akan cuba buat yang terbaik untuk menghasilkan lagu yang indah bagi mempromosikan Malaysia di mata dunia.”
Peminat boleh berkongsi sebarang idea dan inspirasi mereka tentang Malaysia di portal, galaxywonderland.my
Bagi AG Coco pula, susunan muzik untuk lagu terbaru dalam bahasa Inggeris ini sangat mencabar kerana AG Coco perlu mengumpulkan segala material terbaik yang dapat menggambarkan keunikan di Malaysia. Setakat ini, AG Coco buat kajian tentang apa yang negara lain tidak ada, tapi Malaysia ada. Setakat ini, ada elemen muzik tradisional Melayu seperti kompang, gendang, gambus dan sebagainya akan dimasukkan dalam lagu terbaru ini.
Muzik video Wonderland yang dihasilkan kali ini agak berbeza kerana ia lebih berwarna-warni dengan suasana lebih ceria.
Budiey pun ada sertai peraduan ini, harap-harap entri Budiey kali ini berjaya dipilih. Keputusannya dijangka akan diumumkan dalam waktu terdekat ini. Wah, tak sabarnya nak tahu siapa pemenangnya. Pergh! 5 orang dapat Samsung Galaxy Note II kan?
Ikuti temubual rakaman Budiey bersama Yunalis Zarai:
Video Interview Yuna GALAXY Wonderland Music Video Part 1
Video Interview Yuna GALAXY Wonderland Music Video Part 2