Samsung sekali lagi membuktikan komitmennya dalam dunia teknologi dengan pelancaran dua model tablet terbarunya – Galaxy Tab S10 FE dan Galaxy Tab S10 FE+ – yang bukan saja tampil bergaya dengan reka bentuk premium, tetapi juga diperkasakan dengan ciri-ciri pintar (AI) dan keupayaan multitugas yang luar biasa. Diumumkan secara rasmi di Seoul, Korea pada 2 April 2025, dua peranti ini menjadi pintu masuk baharu kepada ekosistem Galaxy yang semakin berkembang.
Menurut Changtae Kim, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pasukan Penyelidikan & Pembangunan Pengkomputeran Baharu di Samsung Electronics, beliau menyatakan:
“Siri Galaxy Tab S10 FE yang baharu ini membawa pengalaman AI mudah alih canggih serta ekosistem Galaxy yang bersambung kepada lebih ramai pengguna tablet. Ia tetap menawarkan prestasi dan reka bentuk terbaik di kelasnya. Kami yakin dengan rekaan bezel nipis dan paparan luas serta pelbagai penambahbaikan, ia akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk lakukan lebih, cipta lebih dan terokai lebih banyak kemungkinan.”
Paparan Lebih Luas Dan Imersif Untuk Hiburan Dan Pembelajaran
Kalau anda kaki menonton atau suka baca e-buku, pasti jatuh cinta dengan paparan 13.1 inci pada Galaxy Tab S10 FE+, yang kini hampir 12% lebih besar berbanding versi FE+ sebelumnya. Reka bentuk bezel yang lebih nipis menjadikan tontonan lebih imersif dan menyeluruh, sesuai untuk semua – daripada hiburan video sehinggalah pembelajaran harian.
Paparan ini menyokong kadar segar semula 90Hz untuk visual yang lebih lancar serta keterangan sehingga 800 nits HBM, menjadikan pengalaman menonton lebih jelas walaupun berada di luar rumah. Dengan Vision Booster, tablet ini boleh laras kecerahan secara automatik mengikut persekitaran. Tambahan pula, pengurangan cahaya biru membantu kurangkan keletihan mata, sangat ideal untuk sesi belajar atau kerja yang panjang.
Prestasi Pantas Dalam Rekaan Nipis Dan Mudah Alih
Siri Galaxy Tab S10 FE ini bukan saja bergaya, malah lebih ringan – lebih 4% berbanding pendahulunya, menjadikannya sangat mudah untuk dibawa ke mana saja. Sama ada di kampus, pejabat, atau ketika melancong, ia tetap selesa dalam tangan.
Dari segi kuasa, ia dilengkapi dengan cip Exynos 1580, membolehkan pengguna bertukar-tukar antara aplikasi dengan lancar. Untuk yang suka ambil gambar atau buat rakaman, kamera belakang 13MP yang dinaik taraf mampu hasilkan foto yang jelas dan terang, sesuai untuk tugasan kerja atau kenangan harian.
Selain itu, dengan bateri 10,090mAh pada model FE+ dan 8,000mAh pada model FE, tablet ini mampu bertahan lama, lengkap dengan pengecasan pantas 45W. Memang sesuai untuk pengguna aktif yang mahukan prestasi maksimum sepanjang hari.
Fungsi AI Baharu Yang Bantu Anda Jadi Lebih Produktif
Apa yang paling mencuri tumpuan dalam siri kali ini adalah penggunaan AI yang lebih meluas dan pintar. Ini menjadikan Galaxy Tab S10 FE satu peranti yang benar-benar bijak.
Antara ciri pintar yang disertakan:
- Circle to Search with Google – Fungsi kegemaran ramai ini membolehkan anda cari maklumat dengan hanya bulatkan gambar atau teks tanpa perlu tukar aplikasi. Nak terjemah teks atau cari jawapan kerja rumah? Boleh buat semua di skrin besar tablet ini.
- Samsung Notes kini lebih hebat dengan Solve Math yang boleh kira matematik dari tulisan tangan dan Handwriting Help untuk kemas nota secara automatik.
- AI Assistant boleh dilancar hanya dengan satu sentuhan melalui Galaxy AI Key pada papan kekunci Book Cover. Anda juga boleh sesuaikan pembantu AI mengikut citarasa sendiri untuk pengalaman lebih peribadi.
- Ciri Object Eraser kini lebih pintar – buang objek tak diingini dari gambar hanya dengan satu klik, dengan cadangan automatik untuk edit pantas.
- Fungsi Best Face pilih wajah terbaik dari beberapa gambar untuk hasilkan gambar berkumpulan yang sempurna.
- Auto Trim pula bantu anda hasilkan klip video pendek secara automatik dengan memilih momen terbaik dari rakaman panjang.
Tambahan lagi, tablet ini datang dengan pelbagai aplikasi kreatif pramuat seperti LumaFusion, Goodnotes, Clip Studio Paint, Noteshelf 3, Sketchbook dan Picsart. Pendek kata, ia adalah ‘kanvas digital’ yang sempurna untuk anda yang suka melukis, menyunting video atau menulis nota kreatif.
Integrasi Lancar Dengan Peranti Galaxy Lain
Sama seperti model unggul Galaxy Tab S10, siri FE ini juga menyokong ciri Home Insight dashboard dan 3D Map View yang memudahkan anda pantau status semua peranti SmartThings di rumah – walaupun anda berada di luar. Sangat sesuai untuk mereka yang aktif dan sering bergerak.
Tahap Keselamatan Yang Tinggi Dengan Samsung Knox
Samsung tak main-main bila sebut soal keselamatan. Dengan platform keselamatan bertaraf tinggi Samsung Knox, segala maklumat peribadi anda – daripada dokumen penting hinggalah gambar peribadi – dilindungi sepenuhnya. Knox menawarkan perlindungan berlapis dari peringkat perkakasan hingga perisian, dengan pengesanan ancaman masa nyata.
Spesifikasi Lengkap Galaxy Tab S10 FE Dan FE+
- Paparan: 10.9 inci (FE) / 13.1 inci (FE+), LCD, 90Hz
- Berat: 497g (FE, Wi-Fi) / 664g (FE+, Wi-Fi)
- Kamera: 13MP belakang, 12MP ultra-lebar hadapan
- Pemproses: Exynos 1580
- Memori & Storan: Sehingga 12GB RAM + 256GB storan dalaman, menyokong kad microSD hingga 2TB
- Bateri: 8,000 mAh (FE) / 10,090 mAh (FE+), pengecasan 45W
- Sistem Operasi: Android 15
- Keselamatan: Cap jari (butang kuasa), IP68 kalis air & debu
- S Pen: Disertakan dalam kotak
- Aksesori Tambahan: Book Cover Keyboard, Smart Book Cover, pelindung skrin anti-silau
Apa Kata Budiey?
Secara peribadi, Budiey rasa pelancaran Galaxy Tab S10 FE dan FE+ ini menunjukkan bagaimana Samsung terus memahami keperluan pengguna moden – yang mahukan peranti ringan, bergaya, berkuasa dan bijak membantu mereka dalam rutin harian. Dengan paparan besar, prestasi cemerlang, dan ciri AI yang luar biasa, tablet ini bukan sahaja sesuai untuk kerja dan pembelajaran, tetapi juga untuk hiburan dan eksplorasi kreatif.
Kalau anda sedang mencari tablet yang lengkap dengan fungsi premium, reka bentuk elegan dan harga lebih berpatutan berbanding model flagship, Galaxy Tab S10 FE adalah pilihan yang sangat berbaloi. Samsung berjaya bawa pengalaman Galaxy kelas atasan ke dalam format mesra pengguna yang lebih mudah diakses ramai.
Nak tahu lebih lanjut tentang peranti ini? Lawati laman rasmi Samsung di news.samsung.com/my untuk info terkini.