Sebelum ini terlalu banyak khabar angin mengenai peranti flagship Samsung ini beberapa minggu kebelakangan ini. Salah satunya, peranti ini dikatakan hadir dengan 16GB RAM. Buat masa sekarang, hanya Galaxy S20 Ultra yang dilengkapi dengan 16GB RAM dan 512GB storan dalaman. Maklumat ini diperolehi dari Q&A session oleh DSCC CEO Ross Young. Peranti ini hadir dengan dua varian, standard dan juga plus.
Galaxy Note 20 Series ini dijangka akan dilancarkan di kedua-dua varian 4G dan 5G seperti siri Galaxy S20. Namun sedikit mengelirukan sama ada kedua-dua varian mempunyai 16GB RAM atau hanya varian 5G sahaja yang akan menerimanya.
Sebelum ini Samsung sudahpun memulakan mass production 16GB LPDDR5 pada Februari lepas.
Jadi ini akan menguatkan lagi dakwaan bahawa Galaxy Note 20 Series akan hadir dengan 16GB RAM, begitu juga dengan high-end devices dari OEM yang berbeza pada masa akan datang.
Khabarnya, GALAXY NOTE 20 SERIES Ini Hampir Sama Dengan Galaxy S20. Tapi Apa Yang Akan Membezakan Kedua-Dua Peranti?